Tuesday 28 April 2009

BANTUAN TETAP BANTUAN..TAPI...

Assalamualaikum,

Bantuan tetap bantuan tetapi, ada juga yang memohon bantuan semacam tak menghargai bantuan yang diberikan. Telah banyak lawatan yang saya buat samada lawatan ke rumah bina baru baikpulih, dan juga sekolah-sekolah.. cuma terpanggil untuk merakamkan sedikit kekecewaan, sebab ada yang menerima bantuan seakan-akan tidak bersyukur ke atas bantuan yang diberikan. Seterusnya membuat pelbagai aduan sedangkan aduan tersebut tidak diperiksa dan tidak berasas. Sudah tentu yang terkena taik hitam nya adalah Bahagian ini yang telah ditransformkan daripada asalnya adalah salah satu unit di dalam jabatan lain dan kemudiannya menjadi sebuah bahagian yang teknikal di dalam organisasi yang sangat tidak teknikal.

Cabaran yang besar bukan, menteknikalkan orang yang bukan teknikal bukan jalan mudah. Seharusnya, cara-cara dibuat dengan perlahan untuk pendedahan dan seterusnya kena bermain fakta. Tetapi cabaran bagi menghadapi golongan penerima bantuan yang begini seakan-akan mematikan semangat kita untuk berjuang memberi sumbangan teknikal yang terbaik di organisasi.

Kesnya, perNah ke satu tapak saya pergi untuk tinjauan, dan penerima bantuan tersebut telah mengadu macam-macam sesimple "kalau pintu terbuka dan kebetulan angin kuat pasti pintu akan rosak jika tidak di pasang stopper" ..mungkin saya patut mengabaikan sahaja aduan sebegitu kerana tidak sepayah mana untuk memenuhi keperluan yang diminta, akan tetapi jika aduan yang sekecil begitu dibuat sehingga ke pihak atasan oleh penerima bantuan, alangkah rumitnya kerja teknikal ini bagi memuaskan hati semua orang. Sedangkan kita di BPH memegang sepenuhnya pada arahan kerja yang telah dianugerahkan kepada kontraktor yang dilantik tetapi penerima bantuan membuat onar yang sebegitu rupa, malahan aduan tersebut tidakpun mencacatkan atau merugikan di pihaknya.

Tetapi.. saya masih lagi memujuk hati, kerana untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah senang sahaja, jujur dan ikhlas, semuanya Lillahi Ta'ala...

Nak share sekit, apa yang Ustaz Zamri yang selalu bersiaran DI TV 9 dimana baru-baru ni beliau dipanggil oleh organisasi kita untuk menyampaikan kuliah ilmu...

Purata waktu kita tidur adalah lebih panjang daripada waktu kita sedar dan melaksanakan kerja. Jika purata umat Nabi Muhammad adalah sehingga 65 tahun, lebih kurang 50 tahun digunakan untuk tidur, 2 tahun untuk sembahyang, 8 tahun untuk bekerja dan 5 tahun rehat memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maka, sudah tentu rugi kita kerana 50 tahun hanya untuk tidur manakala perkara yang mendatangkan pahala hanya selama 2 tahun sahaja. Maka bangun sepertiga malam boleh membantu menambahkan meter pahala, dicampur pula 8 tahun bekerja tersebut niatnya adalah kerana Allah, sudah tentu ianya bermanfaat sebagai bekalan.

Jalan yang kita pilih untuk berkhidmat di organisasi ini adalah jalan yang terbaik untuk kita membuat pelaburan di akhirat. Yer atau tidak ???

-KBPH-

Friday 24 April 2009

Salam….seperti yang sahabat2 telah maklum dari ketua bahagian hartanah kita, gerak kerja pegawai akan bertukar…..idea gerak kerja mengikut zon itu dilihat sebagai salah satu kaedah yang dirasakan mampu untuk membantu kita menurunkan graf masalah yang bahagian hartanah hadapi….. penempatan di halaman sendiri seperti yang berlaku ketika ini ada membawa kebaikan tetapi tidak kurangnya keburukan….Cuma volumenya yang agak berbeza…..jadi diharap pengurusan bahagian hartanah di atas pertimbangan yang sangat-sangat wajar akan keluar dengan keputusan yang diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan gerak kerja di bahagian hartanah yang kita sayangi………

P/s : selepas difikir-fikirkan…….mungkin cadangan puan ketua bahagian tempohari tu ada baiknya…..zon 5 pun zon 5 la….janji CONFIRMMMMMMMMMM……..

By : dulu sg besar, kini kuala selangor, akan datang ??????????

Monday 20 April 2009

SEKOLAH TAMBAHAN DI 4 SEKOLAH TELAH SIAP..!!!

SRA Bukit Hijau dilaksanakan oleh Themunung Enterprise




SRA Kuang, Gombak disempurnakan oleh Pertubuhan Peladang




SRA Giching, Sepang dilaksanakan sempurna oleh Pembinaan Rahmat Gemilang




SRA Kanchong Darat - siap sepenuhnya oleh Sri Sawah Enterprise

TEMUDUGA TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum.. Alhamdulillah pada hari ini 10 orang calon telah ditemuduga oleh saya sendiri, pihak HR dan juga Jurutera MAIS iaitu Encik Shah. Saya telah mendapat gambaran beberapa face yang bakal menyertai bph team di daerah-daerah. Bersiap sedia untuk menerima orang baru. Untuk itu, penyusunan gerak kerja semula akan saya bentangkan tak lama lagi. Tetapi secara kasarnya idea adalah seperti berikut :-

1.Daerah Petaling, Klang -Zon 1
2.Daerah Kuala Selangor -Zon 2
3.Daerah Sabak Bernam -Zon 3
4.Daerah Hulu Selangor, Gombak, Ampang dan Cheras-Zon 4
5.Daerah Sepang, Kuala Langat, Kajang dan Bangi -Zon 5

Siapakah yang akan ditempatkan di zon-zon ini??? He he he he.. yang pasti anda takkan dapat duduk di zon yang sama seperti sekarang. Gerakan besar-besaran akan berlaku.

Sunday 19 April 2009

KEKOSONGAN AKAN DIISI

Alhamdulillah...

Doa-doa kita di Bahagian Pengurusan Hartanah sebelum ini dimakbulkan Tuhan. Kerana penyelesaian dokumen yang teramat banyak dan tak kurang jugak saya dapati antara pegawai mungkin tidak serius dalam melaksanakan tugas, maka kita telah mengalami pelbagai masalah, menghadapi aduan dari segenap lapisan. Tak kira berpangkat ataupun tak kan???

Maka, Pegawai Teknikal di Wilayah yang selepas ini kita akan buat konsep zoning akan ditambah sebanyak 2 orang.. yer...sebanyak dua orang, penapisan peringkat pertama telah dilaksanakan oleh Ketua Unit Hartanah, dan juga temuduga akan dibuat pada Selasa ini 21/4/2009.

Justeru itu, cuba fikirkan situasi anda wahai pegawai-pegawai semua yang mana anda sendiri perlu belaku adil dalam menjalankan tugas di setiap daerah yang anda pegang.

Untuk pengetahuan, masalah bebanan kerja yang ada di Bahagian Pengurusan Hartanah bukan sahaja diperingkat pengesahan dan pemantauan projek-projek semasa yang sedang anda kuasai, akan tetapi bagaimana lagi dengan tugas-tugas baru Bahagian Penguruan Hartanah yang melibatkan urusan pembayaran sewa bagi kesemua premis yang disewa oleh LZS, urusan pengeluaran invois sewa kepada penyewa-penyewa LZS, urusan pembayaran cukai taksiran dan cukai tanah kepada pihak berkuasa tempatan, mana lagi nak buat carian lot-lot yang berpotensi dan tanah-tanah yang boleh dimiliki untuk pembangunan akan datang, tak kurang juga dengan pengubahsuaian dan pembaikan kerosakan di pejabat-pejabat cawangan daerah.. ye..tugas-itu bukan milik sesiapapun, bukan milik anda, tetapi milik Bahagian Pengurusan Hartanah yang kita tahu tiada siapa yang boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk dibuat tetapi termasuk dalam SKT Bahagian, sudah tentu ianya adalah tugas saya bersama PT Bahagian. Bagaimana pula lagik dengan kerja-kerja lain yang melibatkan projek-projek yang perlu dijalankan di bawah Wang Zakat Terkumpul, projek yang bernilai RM 1 juta ke atas, lebih-lebih lagi selepas ini tiada projek yang akan dipantau oleh MAIS tetapi kesemuanya dipantau oleh Bahagian Pengurusan Hartanah SEPENUHNYA!!!

Jadi, saya memandang bahawa, kemasukan pegawai teknikal baru ini, mungkin akan meringankan beban anda, akan tetapi bagaimana beban kerja lain perlu di bahagikan secara sama rata??? Maka, penyusunan gerak kerja akan dibuat, saya menjangka ianya akan dibuat secara besar-besaran dimana, tugas anda akan bertambah tetapi zoning anda akan dikecilkan. Kita tiada pilihan kerana kita perlu menjalankan tanggungjawab. Sehubungan dengan itu, saya tahu bahawa kerja ini menyebabkan kita stress. pressured dan sebagainya, maka dengan sebab itu saya lebih suka bekerja secara linear, dan tidak serius tetapi harmoni. Akan tetapi jangan diambil kesempatan itu untuk anda tidak menjalankan tugas sebaik mungkin. Dan setialah pada janji anda untuk berkhidmat di LZS. sebab sepanjang tiga tempat saya bekerja di luar, Majlis Perbandaran, Kontraktor dan Developer juga, saya telah membuat keputusan untuk settled down di LZS. Sebuah organisasi yang menjanjikan pulangan kerja dalam bentuk gaji dan pelaburan di akhirat..

Kita akan berbengkel semula bagi penyusunan gerak kerja. dan jadikan buletin ini adalah medium kita berbicara..!!!!

Satu Pasukan Satu Wawasan memang sesuai untuk kita!!!!!

Wednesday 8 April 2009

ME, OBESITI dan .....

FROM "Amil JahaT"








Obesiti yang tidakku undang.... Oh...Tidak! Smlm 38Kg harini 83kg!!Waaaa...


Masalah berat badan yang berlebihan mendatangkan byk keburukan bukan sahaja dari aspek kesihatan malah memberi imej yang negatif kpd empunya diri. Contoh yang paling baik adalah diri saya.. Seluar ketat...mengah berjalan....dlll Gambar Hiasan


"Berat badan saya kini adalah 84kg dimana ketinggian yang sepatutnya ialah 180cm=1.8m. How ever agak mustahil untuk mencapai ketinggian yang diperlukan ini setelah berusaha pelbagai kaedah yang sewajarnya. Sejak akhir2 ini saya mengalami sakit belakang dimana sengal2 diseluruh badan.dimana sy tidak tahan untuk duduk dalam tempoh yang lama. 2 x saya pergi ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan dan pandangan. Kedua-dua doktor berpendapat bahawa salah satu penyebab yang dapat dikaitkan adalah masalah berat badan yang memberi kesan kepada tulang2 bdan ini. Tulang badan ini memberi 'warning' yang ia tak dapat menampung daging2 dan lemak2 yang sedang membiak ni."


Knapa saya sentuh topik ni? 2 objektif utama:-
1) berkongsi rasa./perasaan bahawa badan yang xsehat menyebabkan kita tidak dapat bekerja
2) Untuk mencabar bos-bos n my fren n me untuk membuang lemak2 yang beranak pinak dalam badan kita dengan cara yang selamat

Sebagai rangsangan dan habuan: Hadiah-hadiah yang menarik menanti anda (worth rm200.00 tajaan A-mil J-ahat)



1) 1 set KFC
2) 1 set Burger King
3) 1 set McD
4) 1 Set Pizza Hut
5) 1 set A&W


Hehehehe :)

Thursday 2 April 2009

TAKZIAH KEPADA PEGAWAI KITA


Saya personally, dan saya percaya kesemua kakitangan di Bahagian Pengurusan Hartanah LZS mengucapkan takziah buat Pegawai Hartanah Wilayah Timur - A.J - kerana keuzuran yang di alami oleh bonda beliau, tidak sedarkan diri dan masih di ICU Hospital Sungai Buluh. Saya difahamkan bermula dari awal minggu bondanya masih tidak sedarkan diri sehingga ke hari ni. Dan difahamkan juga bahawa hari ini, bondanya akan menjalani pembedahan yang pastinya sebagai tujuan rawatan. Sama-sama kita berdoa semoga bonda AJ beransur sembuh.



-KBPH-

GERAK GEMPUR IN ACTION


Alhamdulillah, selesai Gerak Gempur No 2 dan 3, Taskforce no. 2 jugak yang kita buat pada 24 dan 25hb yang lepas,

As per today, saya sendiri telah menyiapkan kesemua dokumen untuk pelantikan perolehan bagi kerja-kerja membaikpulih desa-desa yang telah kita inspect. Itu saja cerita pasal kerja.. selebihnya marilah kita layan gambar semasa Gerak Gempur itu, sapa yanga da gambar lagik, mohon di buat entry kat sini, ramai-ramai kite buleh view...

D'Muara - Tempat menginap

Masa makan





Taskforce Siri 3




Sekian,untuk tatapan