Saturday 20 November 2010

BANTUAN LZS UNTUK SELANGOR HINGGA KE MESIR

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. bantuan LZS kepada orang Selangor tiada batasan negara. baru-baru ini telah lulus peruntukkan daripada dana zakat Asnaf Fisabilillah untuk membantu keselesaan anak selangor yang menuntut ilmu di perantauan. selain daripada bantuan dermasiswa yang diberikan kepada mereka yang layak untuk belajar di Mesir, Morocco dan Jordan, bantuan lain turut diberikan untuk jaminan suasana pembelajaran dan kehidupan yang selesa. Bahagian Pengurusan Hartanah LZS percaya bahawa dengan bantuan yang diberikan ini dapat memanjangkan pahala dan manfaat kepada pembayar-pembayar di Selangor kerana wang zakat yang diberikan digunakan untuk manfaat sepanjang zaman.



Baru-baru ini sejumlah wang telah diperuntukkan untuk membaikpulih semula bangunan Asrama Pelajar di Hayyu Asyir. Kerja-kerja baikpulih ini merupakan kerja-kerja yang major dimana struktur bangunan di Mesir tidaklah sekuat mana kerana faktor tanah dan bahan-bahan binaan. Kerja-kerja baikpulih ini melibatkan pengubahan dan pembaharuan pada sistem perpaipan dan juga kumbahan serta pendawaian elektrik. Termasuk juga kerja-kerja menguatkan semula struktur bangunan dan kemasan.



Selain itu, LZS juga telah meluluskan pembinaan Kafeteria baru di bangunan asrama tersebut bagi memudahkan pelajar-pelajar dan memberikan keselesaan. Ini kerana sebelum ini kafe yang ada seperti segan untuk berdiri dan hanya menanti masa untuk rebah.



Bukan itu sahaja bantuan yang diberikan malah sepanjang proses baikpulih ini berlaku, pelajar2 yang mendiami bangunan asrama ini telah ditempatkan di penempatan sementara di Hayyu Sabieq, kos sewaan di tempat baru tersebut ditanggung sepenuhnya oleh LZS, ini adalah amanah yang sepatutnya LZS pikul, amanah para pembayar zakat di Selangor kepada LZS.

Kerja-kerja baikpulih ini telah mula dijalankan pada 26 September 2010 dan dijangka akan berakhir pada 25 Mac 2011, kontraktor yang telah dilantik sedang giat melaksanakan kerja-kerja pemindahan dan pembaikian dan diharapkan agar projek ini berjalan tanpa kelewatan masa.

Sekali lagi kami, mewakili golongan yang menerima bantuan daripada Kelompok Asnaf Fisabilillah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap pembayar zakat di Selangor kerana dengan wang zakat andalah mereka ini dapat dibantu. Kami di LZS akan sedaya upaya memikul tanggungjawab dengan amanah seperti harapan pembayar sekalian.

Terima Kasih juga kepada Tenaga Profesional dan Pihak-pihak berkaitan yang membantu kami :-

PERUNDING MAJU ARAH SDN BHD - En. Salleh Laya


MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT - Cairo


PEJABAT KEDUTAAN MALAYSIA - CAIRO


SRA BUKIT SENTOSA - Telah siap sepenuhnya











Alhamdulillah..




Rasanya tak terlambat untuk diberitahu, Projek SRA Bukit Sentosa, yang dibantu oleh LZS menggunakan wang zakat daripada pembayar-pembayar di Selangor telah siap sepenuhnya.

Bahagian Pengurusan Hartanah LZS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pembayar-pembayar kerana dengan hasil wang zakat mereka, penduduk di Bukit Sentosa mendapat kemudahan untuk anak-anak cucu mereka menimba ilmu agama dengan persekitaran yang selesa dan kondusif.

Tugas kami hanyalah menguruskan dana yang diamanatkan oleh para pembayar zakat di Selangor. Dan ini adalah salah satu projek mega yang kami uruskan dalam bentuk produk yang boleh dimanfaatkan.

Semoga Allah memberkati dan memberi keredhaan kepada Pembayar Zakat sekalian selagi Sekolah Rendah Agama digunakan dan dimanfaat, surau yang ada diimarahkan oleh penduduk kampung.

Berikut ialah serba sedikit maklumat berkenaan pembinaan SRA Bukit Sentosa ini, siapa yang terlibat di dalam penjagaan mutu dan kualiti pembinaan serta rekabentuk bangunan.



ARKITEK


Linea Architect Sdn Bhd
36-3, Medan Setia Dua,
Plaza Damansara,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur

JURUTERA C&S

Mohis & Associates
No. 11, Jalan Bola Jaring 13/15,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


JURUTERA M&E

Mechylite Consult Sdn Bhd
No. 11, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


dan Kontraktor Reka dan Bina


MAIS CORPORATION SDN BHD

(Anak Syarikat Milik Majlis Agama Islam Selangor)
No 2-3 Tingkat 2,
Jalan 14/22,
46100 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Kami di LZS mengucapkan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan pembinaan projek ini, yang sama-sama membantu LZS dalam menguruskan pembinaan Sekolah ini. Tahniah buat semua!!

Terima kasih kepada para pembayar zakat di selangor.