Friday 29 June 2012

Prestasi Projek Bina/Baikpulih Rumah LZS

Sedar tak sedar  perjalanan kita di tahun 2012 telah sampai separuh jalan. Sebelum kita teruskan perjalanan untuk 6 bulan seterusnya, adalah baik kita review prestasi dan pencapaian PROJEK BINA/BAIKPULIH RUMAH LZS yang melibatkan Peg Teknikal di daerah. Diharapkan dengan perkongsian maklumat, mana-mana part yang lemah dapat kita kuatkan dan dapat kekalkan mana-mana yang sudah mantap.

Data-data yang saya muatnaik di bawah adalah statistik pencapaian sepanjang Jan - Jun 2012.

Jumlah pelantikan Jan - Jun 2012


% Projek siap Jan - Jun 2012


% Projek lewat siap Jan - Jun 2012

Secara keseluruhan pencapaian semua peg teknikal adalah memuaskan sahaja. bukan baik. bukan cemerlang. Justeru itu masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki prestasi kita dalam gerakkerja ini.

Selaku pihak yang menyelia gerakkerja ini, ingin saya jelaskan pada peg2 teknikal bilangan projek siap dalam tempoh yang ditetapkan merupakan salah satu KPI yang diberi perhatian oleh CEO. Dalam ringkasan status pencapaian KPI LZS sehingga Mei 2012, SPH hanya mampu mencapai 76% berbanding sasaran 80% yang ditetapkan.

Sehubungan itu, bagi 6 bulan akan datang ini saya mengharapkan agar kita dapat bersama-sama meningkatkan usaha dan kerjasama agar semua projek2 rumah ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

KAUNTER BANDAR BARU BANGI - RENOVATION SELESAI

Mercu tanda
Bilik Diskusi - Juga kalau boleh minta Ustaz Haji Azhan pastikan bilik ini tidak akan menjadi bilik staff kelak


Diharapkan pembayar akan mendapat keselesaan membayar zakat di Bandar Baru Bangi selepas ini. Kaunter Bandar Baru Bangi sebelum ini terkenal dengan pembayar yang ramai dengan kutipan yang agak tinggi.

KAUNTER SUNGAI BULOH - RENOVATION SELESAI


Alhamdulillah.. Pengubahsuaian Kaunter Sg Buloh telah disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu Sektor Pengurusan Hartanah dalam menjayakan projek ini. Terlalu banyak ujian yang dilalui dalam proses menyiapkan kaunter ini. Kerjasama semua kakitangan-kakitangan yang terlibat amatlah dihargai.

Sangatlah diharapkan agar penghuni kaunter ini yang diterajui oleh KOD Daerah Gombak iaitu Ustaz Salahuddin dapat mengekalkan kebersihan kaunter ini dengan bantuan Kontrak Perkhidmatan Pembersihan yang disediakan.




Pegawai Kaunter pun akan selesa melayan permintaan asnaf dan pembayar nanti

Ruang untuk asnaf dan pembayar juga sudah agak selesa sekarang..


Ruang untuk penyediaan 'refreshment' kepada staff yang dah stress habis layan asnaf yang ragamnya pelbagai.
sabar ye!






Tempat diskusi, CIT dan macam-macam kegunaan lagi, harapannya janganlah jadi bilik staff pula akhinya.

and finally, orang yang mengerjakan Kaunter Sg Buluh ini.. credit untuk dia. dan beberapa pegawai lain yang membantu.



BOWLING HARTANAH 2.0



Assalamualaikum wrt,

Bowling Hartanah 2.0 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Terima kasih kepada semua hadir dan memberi komitmen yang tak berbelah bagi. Kumpulan yang berjaya diucapkan tahniah dan kumpulan yang MENANGgung kekalahan diharap dapat berusaha lagi pada edisi 3.0 yang akan datang (kalau ada la...).

Kehebatan BD telah mula menjadi buah mulut dikalangan staf hartanah. Malah kontraktor2 yg buat rumah zakat dari Sabak Bernam hingga ke Sepang pun mula bercerita di tapak2 projek tentang kehebatan beliau. Tanpa menghiraukan gangguan gangguan mental yg cuba diberikan pihak lawan dan juga penganjur, beliau berjaya mengkonsistenkan balingannya.

Penganjur pada malam kejadian hanya bermain mengikut taktik yg telah ditetapkan bersama Awang dan Dila. Selain faktor penat, pilihan bola yang terhad juga telah menyebabkan penganjur menghadkan jatuhan pinnya. Dengan itu, diharapkan janganlah ada spekulasi2 liar yang cuba mengaitkan prestasi penganjur pada malam itu dengan faktor TAK PANDAI MAIN.....

Berikut sedikit analisis prestasi kumpulan (mengikut pemenang) oleh ESPNSportsCenter Edisi pagi Sabtu 9/6/2012:-


Post Game Review.

No 1 - Kumpulan 4.(BD, AZ, Shahir)

Kekuatan seimbang bowler2 dalam team ini menjadi tunjang kejayaan mereka. Berjaya mendominasi game 1 dgn 385 mata namun sedikit keletihan pada game 2 dgn hanya 346 mata dibelakang kump 1(365) dan kump 3 (348). Namun berjaya bangkit meninggalkan cabaran kump yg lain dgn jatuhan pin pada game 3 sebanyak 405 mata (rekod baru kejohanan). Jumlah mata keseluruhan yang dikumpul sebanyak 1,136 pasti menjadi igauan ngeri buat kumpulan lain. Tentunya langkah bersahaja, hayunan memukau dan lenggok bergaya oleh BD pastinya akan menjadikan tandatangan beliau buruan oleh kump lain pada edisi akan datang.


No 2 - Kumpulan 3. (Pie, Noend, Shahrul)

Bermula agak perlahan pada game 1 (290 mata) dibelakang kump 4 (385) & 5(319). Namun Noend selaku kapten pasukan berjaya merangsang kembali rakan2 sepasukan untuk bangkit pada game ke 2 dgn jumlah jatuhan sebanyak 348 mata dibelakang kump 1 (365 mata). Mereka akhirnya berjaya mengekalkan tempat ke 2 di game ke 3 (329) dibelakang kump 1 (405 mata) dgn jumlah jatuhan pin sebanyak 967. Kump ini sebenarnya berpotensi menjuarai kejohanan namun disebabkan koleksi longkang yang dikumpul oleh PIE sedikit sebanyak memberi kesan kepada keputusan perlawanan.


No 3 - Kumpulan 5. (Affiq, Shida, Mel)

Pada mulanya kump ini telah dijanjikan kejuaraan oleh penganjur (dengan harapan dapat dibelanja sarapan nasi lemak & ayam golek Klang Sentral), namun prestasi tak menentu oleh Affiq (yg kena baru lepas kena marah dgn bos sbb dtg meeting lambat) menyebabkan segala strategi penganjur tak menjadi. Dengan kutipan tak menentu (319 game 1, 299 game 2, 310 game 3) sedikit pun tidak mencerminkan profile kump yg boleh menang.

No 4 - Kumpulan 6. (Apiz, Dila, Awang)

Kumpulan ini sebenarnya boleh menang pada malam tersebut tetapi disebabkan janji penganjur yg nak sangat bagi kump Mel menang telah menghasilkan keputusan ini. Cuma kurang 23 mata jer dari kump mel yang dapat no 3 tu. Prestasi bowler bukan tak power tapi cuma ikut strategi yang telah dirancang awal-awal lagi (nak bg team Mel menang).


No 5 - Kumpulan 1. (Jai, Dayah, Zack)

Team ni tak diberi harapan untuk sekurang2nya mendapat buah melon pada awalnya kerana sekadar mengutip 287 pada game 1. Namun dengan kehadiran super sub zack telah melonjakkan kutipan mata kump ini pada game ke 2 sebanyak 365 mengatasi lain-lain kump. Namun panas yang disangka sampai ke petang tetapi hujan lebat turun pada tengahari. Seolah2 hilang punca, mereka hanya mampu mengutip 236 mata di game ke 3 seterusnya kedudukan tercorot. Keputusan itu memberi kesan besar menyebabkan kump ini hanya mampu menduduki tempat ke 5 keseluruhan.


No 6 - Kumpulan 2. (AJ, Reena, Zikri)

Kump ni yg byk menyumbang pun Reena jer... AJ dgn Zikri tak beri makna pun pada kump ni....kalau Reena baling sorang pun takpe kut....huhuhu....mana taknyer, mata setiap game takde yg capai 300....hmmmm malas la nak citer.....hehehehe

Akhir kata dari penganjur...

Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan penganjuran kali ini. Diharapkan penganjur edisi akan datang (3.0) boleh buat yg lebih Grand lagi.....Affiq, your turn next......hehehe

Regard,

Abdul H. A.
Kakitangan,
Lembaga Zakat Selangor...








Thursday 28 June 2012

INOVASI BARU DALAM PEMBINAAN? KOTO..

SPH bergambar dengan Pengarah IRIS Corp


Just share a few pics.. Berkenaan lawatan Sektor Pengurusan Hartanah ke IRIS Corporation BHD. Company ini yang memperkenalkan satu kaedah pembinaan yang baru, tetapi dah lama dipraktikkan di Australia. Nak share detail berkenaan kaedah pembinaan baru yang dikenali sebagai KOTO ni, kalau ada masa bolehlah kita cerita panjang. Ini cuma entry untuk memulakan semula blog ini supaya kekal aktif.

Oh ya! Lawatan ini telah diadakan pada 7 Mei 2012 dan telah dihadiri oleh semua kakitangan Sektor Pengurusan Hartanah. Lawatan ini sebenarnya bertujuan untuk menyiapkan kajian cabaran Teknik Baru berbanding Konvensional, dan semua kakitangan teknikal terutamanya yang berada di daerah telah diminta bersedia untuk mencabar teknik ini bagi mengenalpasti kebaikan dan keburukan. Layan gambar sekeping jerlah dulu yer...!
Bunga yang ditanam di bumbung bangunan IRIS Corporation