Tuesday, 3 September 2013

Serba Salah-SS bukan Syok Sendiri

Serba Salah-SS bukan Syok Sendiri

1) Berat hendak cakap, cakap salah tak cakap salah. Tapi oleh kerana serba salah....Rasanya perlu dicakap juga.

2) Ada dua perkara yang perlu ditanggung pada masa kini. Bukan personal tetapi menyentuh soal kerja.

3) Pertama, kelonggaran telah diberi. Manfaatkan sebaik mungkin. Jangan disalahgunakan kelonggaran sehingga menimbulkan kepayahan kepada pihak lain. Sebagai manusia, memang wujud kelemahan dalam diri kita, tapi takkanlah setiap masa membiarkan kelemahan menguasai diri.

4) Apabila ditegur, bukakanlah hati, ambil yang baik untuk dijadikan teladan. Jangan terlalu mengikut perasaan diri sahaja. Bagai mana pula perasaan orang disekeliling. Kita sama2 mencari rezeki yang halal dan berkat. Yang kurang di tambah, Yang lebih dikongsi. Orang lain mudah lihat kelemahan kita berbanding kita sendiri. So, bukakan hati.

5) Sekiranya kita ada tekanan hidup, jangan simpan sorang2, kongsi dengan lain. Pasti ada pendengar yang setia. Pasti ada jalan penyelesaiannya.

6) Kedua,  konsep yang aku selalu amalkan adalah 'Mudahkan orang lain, InsyaAllah akan dipermudahkan'. Tapi sekiranya senantiasa di timpa musibah, muhasabah diri. Kadang2 menjadi hairan plak, kita nak membantu 'dia' tapi 'dia' plak seperti tidak mahu membantu dirinya sendiri.

7) Tapi bila kita tak membantu, 'dia' plak minta bantuan. Macam mana tu. Sesungguhnya bantuan yang diberikan adalah tanpa niat tersembunyi dan hanya satu tujuan iaitu mengejar pahala.

8) Mungkin ramai manusia yang sedemikian. Aku belum paham dunia sementara ini.

7) Hurm.....(mengeluh). tahlah...susah nak cakap, yang pastinya, akan ada yang salah ertikan penulisan ini. Akhirnya aku serba salah......asalkan jangan syok sendiri ditipu perasaan sendiri.

Choooiiiii...........