Monday 18 January 2010

LAWATAN KE SEKITAR SELANGOR

MAKLUMAN

Berikut ialah tarikh-tarikh yang terlibat mengenai lawatan yang akan diadakan di sekitar selangor.

19 JANUARI 2009 Desa Kasih Sekitar Sabak Bernam

21 JANUARI 2009 Pusat Komuniti dan Desa di Daerah Banting

26 JANUARI 2009 Pusat Komuniti dan Desa serta Baitul Hasanah Kuala Selangor

28 JANUARI 2009 Pusat Komuniti dan Desa serta Baitul Hasanah Hulu Selangor.

Tujuan : Bagi membuat anggaran kos untuk penyelenggaraan bagi pihak JPA membuat kelulusan peruntukkan untuk melantik panel penyelenggaraan dari pihak luar. Tujuan lawatan adalah untuk mengenalpasti apakah keperluan yang perlu dimasukkan didalam skop kerja penyelenggaraan tersebut.

Siapa yang terlibat dengan lawatan : KUH, PEGAWAI DI ZON YANG BERKAITAN DAN JUGA KETUA UNIT SOSIAL, JPA. Hari pertama, akan berkumpul di Kuala Selangor dan kemudiannya akan ditentukan

Saturday 16 January 2010

UPDATE : PROJEK PUSAT LATIHAN ASNAF, ULU YAM

Terkini, update untuk Pembinaan Pusat Latihan Asnaf Zakat, Ulu Yam...

Kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan. Mesyuarat Tapak Kali ke 5 telah diadakan pada 14 Januari 2009. Saya yang hadir, walaupun kehadiran saya ialah sebagai Superintending Officer (S.O) ,kebiasaannya saya biarkan sahaja Kontraktor Reka dan Bina yang mempengerusikan Mesyuarat. Pengerusi Mesyuarat ialah Karta Miharja Salleh, Jurutera daripada Mais Corporation Sdn. Bhd. Inilah peluangnya saya melihat dia menjadi pengerusi di dalam Mesyuarat kerana seblum ini, semasa dia di bawah saya, saya yang terpaksa mempengerusikan mesyuarat walaupun mesyuarat tersebut diadakan di bawah programnya..

Berbalik kepada kisah Pembinaan Pusat Latihan Asnaf Zakat, Ulu Yam. Projek ini pada asalnya adalah di bawah pemantauan Majlis Agama Islam Selangor, Urusetia ialah Bahagian Pembangunan Hartanah, MAIS (BPH-MAIS). Walau bagaimanapun, apabila Bahagian Pengurusan Hartanah, LZS (BPH-LZS) diwujudkan ekoran komen audit yang menyatakan keperluan LZS mempunyai bahagian teknikalnya sendiri maka, Projek ini turut diserapkan untuk di ambil alih oleh pihak BPH LZS sepenuhnya.

Penglibatan saya dalam projek ini?

Ketika kertas cadangan mengenai keperluan dikeluarkan oleh pihak LZS dan MAIS, ketika itu, MAIS telah mengerahkan MAIS Construction & Properties Sdn. Bhd (Anak Syarikat MAIS juga) untuk membuat cadangan pelan dan sebagainya. Saya ketika itu menjawat jawatan sebagai Head of Company of MAIS Construction & Properties dengan taraf jawatan sebagai Penolong Pengurus. Saya terlibat di dalam penghasilan Pelan Rekabentuk Awalan dan peringkat untuk mendapatkan Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan MAIS berkenaan kelulusan kos dan pelan konsep yang disediakan. Seterusnya, dan selepas itu, tindakan Planning Approval dan Building Plan Approval saya tinggalkan kepada mana yang ada di syarikat tersebut kerana telah mendapat tawaran bekerja di BPH LZS.

Penglibatan saya terhadap projek ini terputus seketika melainkan hanya membuat pengesahan dan proses pembayaran sepertimana yang telah disemak oleh Ketua Unit Hartanah. Penglibatan secara jelas dengan aktiviti-aktiviti dan pengurusan projek ini, saya tidak masuk campur kerana ketika itu, S.O kepada projek ini ialah BPH MAIS sendiri. Namun, jodoh saya dengan projek ini berpanjangan apabila kemudiannya Mesyuarat MAIS telah memutuskan bahawa projek-projek pembangunan di bawah beberapa kelompok Asnaf diambil oleh BPH LZS. Projek ini lah salah satunya. Maka saya bergerak kembali menjalankan fungsi bahagian sebagai mewakili Pengurus Besar LZS sebagai S.O kepada projek ini.

Sehingga kini, projek ini telah pun menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak dengan kemajuan purata ialah 8 hari lebih awal daripada yang dijadualkan
.





Apakah Pusat Latihan Asnaf Zakat,


Pusat Latihan Asnaf Zakat adalah salah satu produk LZS dalam menjalankan latihan-latihan yang bersesuaian kepada golongan yang telah didaftarkan sebagai asnaf. Bimbingan dan latihan adalah pelbagai sebagaimana modul-modul yang telah dihasilkan oleh Akademi Zakat Selangor (AZAS) yang kini diterajui oleh Dr. Ruziah. Dr. Ruziah sememangnya orang yang berpengalaman dalam bab-bab motivasi, bimbingan, kursus dan latihan-latihan dimana beberapa modul yang diperkenalkan oleh pihaknya mendapat perhatian ramai. Sekarang ini, AZAS telah beroperasi di Seksyen 3, Wisma MAIS sejak beberapa tahun yang lalu. Penyiapan Projek Pusat Latihan Asdnaf Ulu Yam ini bakal membantu AZAS dalam usahanya untuk membuat pelbagai aktiviti ilmiah dan perkembangan kendiri asnaf, serta kursus-kursus yang melibatkan keusahawanan di kalangan asnaf ini. Inilah yang dikatakan sebagai konsep bantuan yang diberikan oleh LZS kepada golongan fakir miskin, iaitu bukan saja hanya memberi ikan, tetapi memberi pancingnya sekali untuk mengail ikan.






Insya Allah akhir 2011, Pusat Latihan ini akan mula beroperasi..

UPDATE : BERKENAAN MANUAL TATACARA KERJA

Assalamualaikum... nampak nya saya telah memungkiri janji. Manual Tatacara yang dijanjikan tidak dapat disiapkan oleh sebab faktor bebanan kerja yang mengkusutkan pemikiran. Sebetulnya saya dah surrender dalam menyelesaikan Manual tersebut berseorangan. Jadinye, saya telah memohon bantuan pegawai Mohd Hafizul Rahmat untuk membantu saya. Cuma nya sekarang ini bile deadline belum ditentukan, program masa untuk menyiapkan manual ini tentu tak berkesudahan.

Sedikit sebanyak ura-ura berkenaan apa yang mereka kata pasal pengorganisasian semula LZS menjadi alasan yang kurang kukuh untuk saya menangguhkan dulu publishing manual ini. Walau bagaimanapun, tarikh baru yang kami kejar ialah se awal bulan Februari nanti.

Penyusunan Gerak Kerja untuk 2009.


Mohon ambil perhatian berkenaan perkara ini bagi semua kakitangan di BPH LZS. Bermula tahun ini konsep spread the burden equally akan saya gunakan. Bukan kerana apa, saya telah diberi tugasan yang maha berat dan maha hebat dimana Projek Pejabat Korporat Lembaga Zakat Selangor menjadi my first priority dalam senarai assignment yang ditugaskan.

Maka projek-projek lain, iaitu projek-projek semasa, pengubahsuaian pejabat korporat, pengubahsuaian premis dan projek-projek agihan kesemuanya di bawah tanggungjawab Ketua Unit Hartanah untuk diambil tindakan. Oleh yang demikian, berurusan dengan Ketua anda adalah cara yang paling cepat daripada bypass dia dan berjumpa saya, kerana satu hal plak saya nak kena brief KUH untuk da follow up kerja semasa pegawai..

Kakitangan di Daerah, ambil perhatian perkara di dalam HELPDESK

HELPDESK bagi saya ialah salah satu medium memberikan Job Order kepada pegawai-pegawai. Disebabkan itu, perkara di dalam HELPDESK perlu di ambil tindakan oleh pegawai-pegawai. Ketika ada pegawai mempertikaikan kewujudan HELPDESK itu, saya menjadi sangat tercabar, seolah-olah saya tidak boleh memberikan Job Order kepada pegawai sekalian, mahupun Job Order daripada Jabatan yang lain.

Untuk itu, tahun 2010

Semoga Gerak Kerja kita lebih mantap

Fungsi Bahagian makin terserlah

Dan mohon pegawai jangan bersikap pentingkan diri sendiri, Tolong ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling anda. Kerana kita ditugaskan duduk di Organisasi sosaial yang mempnyai sentimen yang tinggi. Kepekaan terhadap satu perkara perlu di ambil kira. Konsep jaga tepi kain orang perlu diterapkan kerana di bahagian ini, konsep tersebut adalah sesuatu yang positif.

Setuju tak dengan saya?

Kalu tak setuju boleh blah...!!