Sunday 22 February 2009

WAHAI KONTRAKTOR

Berbalik kepada Tender Pembekalan Perabot untuk Asrama anak-anak asnaf Kg Perepat, Kapar Klang, esok adalah tarikh tutup tender.. Diulang!!! Esok adalah tarikh tutup tender.. Kontraktor kena hantar tender tersebut seblum 12.00 noon.. after that time, peti tender akan ditutup untuk tidak dibenarkan sesiapa menghantar dokumen lagi.. Kalau ada juga yang hantar, mungkin kami akan cop kan sebagai "LEWAT"

Cuma telah dinyatakan seblum ini akan syarat-syarat penyertaan. Kontraktor perlu menghadiri alwatan tapak. Itu adalah WAJIB. tapi masih ada yang berminat untuk memasuki tawaran tetapi tidak menghadiri lawatan tapak. Sedikit kesal kerana, projek ini seboleh-bolehnya kami tidak memahukan ada sebarang pertambahan kerja. Jadi sessi "Walkabout" yang dibuat semasa taklimat kontraktor amatlah penting untuk tujuan pertimbangan kontraktor bagi menyebutharga.

Sememangnya payah sekali ingin melaksanakan satu kerja yang telus, selebihnya, apabila telah diberitahu kepada kontraktor pada hari taklimat yang peluang diberi selama satu hari keesokannya untuk kontraktor placing order bagi penyediaan dokumen tender, tapi ada juga yang tak order tapi nak beli. Dah tentu lah dokumen tender tersebut dibuat ngam-ngam untuk mereka yang order, tapi ada pula yang datang dan nak beli without order terlebih dahulu, saya cuma minta mereka bersabar untuk kami buat copy dan datang esok hari untuk ambil, tapi apa yang kami dapat, kontraktor tersebut terus membuat aduan kepada pihak yang tidak sepatutnya yang menyebabkan saya diquery umpama oang yang salah. Wahai kontraktor.....

Apa yang Bahagian Pengurusan Hartanah cuba laksanakan sekarang ialah satu prosedur, perolehan kerja dan projek yang telus. Selok belok soklan BPR jika sekiranya sesuatu yang buruk berlaku telah saya fahami. Bagi mengelakkan kekeliruan dan syak wasangka, kesemua prosedur perlu diikuti oleh kesemua kontraktor tidak terkecuali barang seorang pun. Kami di BPH tidak mempunyai kepentingan di mana- mana pihak cuma, hanya berkepentingan dengan mandat yang Allah berikan untuk tanggungjawab menjaga amanah dan mengagihkan duit zakat dengan teusnya.

Apa kata anda???

Wallahualam...

Tuesday 10 February 2009

TERIMA KASIH KONTRAKTOR SEKALIAN

Alhamdulillah seperti yang telah di maklumkan sebelum ni. as per entry below.. hari ini kami tlah selamat mengadakan Taklimat Kontraktor untuk Pembekalan Perabot di Asrama-anak-anak asnaf di Kampung Perepat, Kapar, Klang.

Sambutan amatlah meriah di kalangan kontraktor, berdasarkan kehadiran 78 syarikat yang hadir dengan menghantar wakil kebanyakannya berdua, menggamatkan lagi suasana tapak projek pada hari ini.

Bermula 10.30 pagi, hujan lebat dah menuntut kami utk membatalkan taklimat tapi, hujan skejapan ajer, lebih2 lagik, taklimat pun dibuat di kawasan yang berbumbung. Menghampiri kul 12.00 jugak siap taklimat, setelah penerangan diberikan oleh konsultan yang dilantik LZS, dengan Walk About yang dibuat.

Terima kasih kepada Wakil Kontraktor Utama, MAIS Corporation Sdn. Bhd, bagi memudahkan urusan lawatan tapak, dan juga konsultan yang dilantik En Saufi dari Intria Prima, Juruperunding ID yang terkenal mungkin. Sakit-sakit mata pun dia, masih larat nak membuat taklimat tender.

Suka untuk kami ingatkan, placing order untuk beli Dokumen Tender akan ditutup esok 11/2/2009 pada jam 5.00 petang. Hanya yang hadir ke lawatan tapak sahaja dibenarkan untuk membeli dokumen tender. Kami percaya itu adalah yang terbaik bagi memastikan kontraktor tidak nmerasa tertipu dengan dokumen tender yang dikeluarkan. Lebih baik mengisi harga dengan keadaan di tapak kita dah kaji dan tengok bagaimana rupa.

Cara order : Hubungi kami di Bahagian Pengurusan Hartanah LZS, No Telefon, call sahaja direct line as per mentioned di www.e-zakat.com.my, (tak boleh paste kat sini bagi mengelakkan gangguan plus kami tiada lesen untuk mewar-warkan) Bagitau daripada mana anda wakili, (nama syarikat) dan kami akan masuk dalam kiraan supaya mudah konsultan menyediakan dokumen.

Bayaran RM 250 ATAS kiriman wang / wang pos / bamk deraf berpalang mentioned LEMBAGA ZAKAT SELANGOR . WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Wallahu Alam

FIRST BABY NEARLY TO BORN..ALMOST COMPLETED


This is our first Baby, not because this is the first project was done under this organization but, this is the first project born under Department of Property Management under our organisation.. Simple say as this...

Bahagian Pengurusan Hartanah baru sahaja di tubuhkan di organisasi kami pada awal tahun 2008, dengan permulaanya hanya seorang Ketua Unit berlatarbelakangkan Jurutera Sivil, kemudian mempunyai 1 org kakitangan admin, kemudian, mempunyai 3 org pegawai teknikal based in engineering and qs, they are well in knowledge so dont under estimate them because of they are look very young. Pastuh, this department baru sahaja mempunyai kepalanya pada Disember 2008 with background of Building Survey.

So, we would like to announce, especially for pembayar-pembayar zakat di Selangor, kami mewakili 8 golongan asnaf yang layak menerima bantuan, mengucapkan terimakasih kepada pembayar zakat di Selangor. Kewajipan yang membuahkan pahala, kemudiannya akan dibalas baik dan rahmah oleh Allah S.W.T. Inilah dia, kemudahan yang kami berikan kepada anak-anak asnaf fakir miskin, kemudahan kepada mereka untuk belajar dengan sesempurna kelengkapan yang mungkin, untuk memberi keselesaan kepada golongan seperti mereka, seterusnya meringankan beban-beban keluarga yang tak berkemampuan.

Sehingga kini, projek masih di peringkat final touch up or as easy to say di peringkat finishes and cleaning, dijangka siap sepenuhnya by end of Mac, dan bakal diduduki as earlier in June.


Wallahu Alam

Thursday 5 February 2009

KENYATAAN TAWARAN TENDER

SALAM..

KEPADA KONTRAKTOR KELAS D atau PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG 020101 (PEMBEKALAN PERABOT)

JEMPUT DATANG KE LAWATAN TAPAK DI

TAPAK PROJEK ASRAMA ANAK-ANAK ASNAF, KG PEREPAT, KLANG
JAM 10.30 PAGI

KONTRAKTOR YANG LAWAT TAPAK AJER YANG BOLEH BELI DOKUMEN TENDER

JADI SILAKAN