Monday 23 March 2009

GERAK GEMPUR NO. 2 DAN NO. 3

Assalamualaikum... yang dinantikan sudah tiba.. tak tauler apa yang menarik minat Pegawai Hartanah, tak sabar menunggu Gerak Gempur kali ni. Mungkin disebabkan jadual yang amat padat sekali untuk siasatan berkelompok yang akan dijalankan..

Jadi, diingatkan 24 Mac 2009, 9.30 pagi, kesemua yang terlibat perlu punctually reach di Kaunter Kuala Selangor untuk memulakan Gerak Gempur No. 2/2009. Mohon jangan terlewat kerana, ianya bakal menganjakkan lagi program kita seterusnya. Pada hari tersebut seharian kita akan membuat siasatan dan jangkaan rumah yang akan disiasat ialah 68 unit rumah. Rehat, makan tengahari seperti biasa pada jam 1 tengahari dan siasatan dijangka berakhir jam 5.00 petang.

Untuk malam, akan diadakan Taskforce Siri 2/2009 bagi penyiapan dokumen dan laporan untuk Gerak Gempur yang dijalankan siang harinya. Insya Allah kemungkinan besar KJ akan turun padang untuk menyertai Taskforce kita untuk malam tersebut. Taskforce dijangka akan berjalan selama 2 1/2 jam (memori di asrama dulu mungkin berulang, tiap2 malam ada prep!!) dari jam 8.30 - 11.00 malam. Jangan bimbang minum malam akan disediakan.

Oh ya!! Alhamdulillah kita akan menginap di D'Muara Resort selama satu malam tersebut. Taskforce Siri 2 akan diadakan di dewan seminar Resort tersebut.

Pada 25 Mac 2009, kita akan berkumpul jam 8.30 pagi, untuk sama -sama bersarapan, dan seterusnya pukul 9.30 pagi kita akan memulakan Gerak Gempur No. 3 yang akan diadakan di Desa Kasih Sekendi dan Tanjung Jawa. Bilangan rumah yang dijangka akan disiasat ialah sebanyak 30 unit mungkin. Sasaran adalah untuk menyiapkan siasatan sebelum 1 tengahari, kemudiannya petang bermula jam 3 kita akan memulakan Task force Siri 3. Task force dijangka akan berkakhir pada jam 5.00 juga.

Memenatkan bukan?? tapi bagi saya sendiri ianya mungkin berbaloi sebaik sahaja dokumen dan laporan berkaitan disiapkan dan dilaporkan kepada Ketua Jabatan...

Jadi,...

Jom kita berkammmpungggg!!!!!!!

-KBPH-

Friday 20 March 2009

SEKITAR TASKFORCE 12/3/2009

Taskforce yang diadakan di HQ baru-baru ini saya boleh katakan mencapai matlamat yang sebenar. Saya percaya dalam sedikit masa lagi saya akan mendapat laporan penuh dari KUH untuk gerak kerja seterusnya.

Taskforce ini akan sentiasa diadakan mengikut keperluan bagi menggerakkan kerja-kerja yang kita rasa perlukan pembabitan semua pegawai. Sebagai contoh terbaik, adalah penyiapan butiran kerja untuk projek-projek yang berkelompok dan melibatkan bilangan unit rumah/institusi/yang banyak di seluruh daerah.

Alhamdulillah, baru-baru ini taskforce yang kita adakan adalah bagi menyiapkan anggaran kos sekaligus menyediakan dokumen arahan kerja untuk pelantikan semasa / tender bagi kerja-kerja membaikpulih masjid di sekitar selangor. Syabas juga kerana masa yang diberikan adalah mencukupi dan saya percaya semuanya siap dilaksanakan dalam hari yang tersebut. Saya berpendapat bahawa taskforce ini berjaya.

Ketekunan jelas tergambar dari riak wajah anda semua nampaknye.. meh kita saksikan.





Sekian

-KBPH-

SRA KAFA - updating

Alhamdulillah.. minggu yang lalu memang minggu yang memenatkan untuk kita kan??? bermula 11 Mac 2009, Gerak Gempur di Permatang Pasir. seharian disana, dan saya sendiri menghabiskan setengah hari di SRA Felda Sg Buaya, ada mesyuarat tapak, dan mesyuarat kali nin di Sg Buaya, mesyuarat turut dihadiri oleh KJ kita, dan semuanya berjalan lancar. Sebenarnya mmg kita ada 5 buah sekolah yang sedang dibina bangunan tambahan sebanyak 6 kelas di daerah yang berbeza, di kanchong darat, sra felda sg buaya, sra giching-sepang, sra bukit hijau dan juga kuang gombak.

sra sg buaya - picture taken on 11th Mac 2009

Tarikh penyiapan telah pun sampai cuma menunggu inspection pengeluaran CPC daripada konsultan adalah dijangka pada tarikh 24 Mac ini. So 24 hbnin saya sendiri akan mengikuti tour pasukan konsultan untuk program penyerahan bangunan beserta pemeriksaan kerja-kerja untuk mendapatkan CPC.

Sekian, Wallahu 'Alam

-KBPH-

Thursday 19 March 2009

UPDATE : ASRAMA ANAK-ANAK ASNAF KG PEREPAT



Kemajuan Kerja bulan MAC adalah seperti gambar ini, untuk makluman ler...

Kerja pemasngan bumbung yang terakhir untuk walkway.. dah siap....

Pandangan hadapan surau (Sila abaikan kepala kura-kura kat tepi tuh kay!)

Jangan jadikan teladan tindakan saya di gambar seterusnya nin. perkara berlaku kerana memang cement berhampiran drain tuh tak kuat... alang-alang goyang baik sepak jer ngan kaki...!!!!!

Sekian. Wallahu 'Alam

-KBPH-

SAMBUNGAN GERAK GEMPUR NO. 1

Alhamdulillah, semalam saya dah dapat laporan penuh dari KUH. Uihkzz...KUH memang sedang sibuk sangat minggu nin.. tak sempat lagi bertentang mata pada minggu ini. Cumanya sambungan kepada Posting Gerak Gempur No. 1 sudah selesai.. berdasarkan gambar, u ols memang menunjukkan kesungguhan kerja di tahap yang maksima... Topik hot fm pagi nin di hot chat, berbisakah lelaki apabila membuat kerja perempuan, dan juga sejauh mana bisanya perempuan apabila menjalankan tugas-tugas lelaki... he he he... ini buktinya...




Tak kurang jugak pegawai lelaki sebenarnya.. penat nampaknyer ek... tapi okeylah tuh.. nampak semangat berpasukan....


Apa-apa pun.. nantikan yer.. kita akan bergerak gempur di Sabak Bernam pula..!!!!!!!!

-KBPH-

EEEEE...GERAMNYAAAAAAAAA!!!!!!

geram jika dipendam akan menjadi dendam......lebih baik diluahkan .....tapi dengan cara yg berhemah.....renung-renungkan.....

p/s: moral dari apa yg cuba disampaikan oleh A-mil J-ahat adalah klu buat pengesahan kerja dengan kontraktor jgn buka but kereta....nanti penuh dgn keropok lekor....sebaiknya jgn tunjuk kat kontraktor kreta peg yg mana satu....xpun nak lg baik jgn bawa kereta trus....naik motor je....hehehe.....

Tuesday 17 March 2009

PICISAN DARI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum.. saja nak kongsi pengalaman yang sangat menarik bagi saya sepanjang berkhidmat di LZS. KUH kita jadi komandan kepada team perarakan Maulidur Rasul Kontinjen Wanita. Dan secara tak langsung saya di heret sama untuk membantunya, jadi dah tentu yang buleh kita banggakan, jurulatih dan pembantunya adalah dari BPH Krew.. heheheheheh... Dan bangga juga saya sebab sume BPH Krew take part sebb tak kurang jugak Kontinjen lelaki turut diwakili oleh pegawai-pegawai kita, termasuk PT bahagian. Segak pulak nampak u ols berkawad.. ada sedikit gambar personal yang nak dikongsi...


komandan

Harapan GM untuk menang memang tak kesampaian, rupa-rupanya dan dua tahun berturut2 nama LZS mendapat tempat tapi tahun nin rezeki takde.. tahun depan akan cuba lagi.


Sekian, sekadar picisan...

GERAK GEMPUR NO. 1 TELAH SELESAI

Assalamualaikum.. saya masih merasa terharu, kerana sokongan yang diberikan kepada orang baru seperti saya di BPH LZS. Maklumlah.. dah lah baru..tapi menjadi ketua pula kepada anda.. Arahan dan jadual yang ditetapkan untuk Gerak Gempur No. 1 yang di adakan di Permatang Pasir, walaupun sehingga hari ni saya belum nampak lagi apa hasilnya, samada dari gambar atau dokumen berkaitan, namun berdasarkan laporan dari KUH, saya percaya pegawai dan KUH menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Terima kasih atas sokongan pegawai-pegawai.

Seperti yang telah berbuih saya ceritakan pelan konsep aturan kerja di BPH LZS, saya dari dahulu lagi lebih suka dengan konsep berpasukan. Saling menyokong diantara satu sama lain, dan saling lengkap melengkapi. Ini kerana kita bukan bergerak secara individu, menaikkan spark secara seorang diri, akan tetapi bersama-sama bergerak untuk bahagian. Sudah tentu disebabkan matlamat penubuhan BPH agar menjadi penyokong kepada sistem agihan LZS yang merupakan satu tugas wajib dalam organisasi ini.

Sehubungan dengan itu, saya berpendirian, berdasarkan persefahaman antara kita, keperluan untuk saling menyokong tanpa rasa iri, saya menganggap bahawa pegawai-pegawai yang ditadbir ini lagi mudah memberikan kerjasama. Saya akui kerana berbanding pegawai-pegawai yang saya tadbir di tempat kerja yang terdahulu, semakin banyak pengalaman mereka, semakin tinggi pengetahuan mereka semakin sukar untuk di pandu dan diarahkan. Namun begitu, saya amat berharap kita akan mengamalkan konsep perkongsian, berpasukan dan saling lengkap melengkapi dalam apa jua keadaan. Sememangnya, Gerak Gempur No. 1 bagi saya 60 % telah berjaya, lagi 20% apabila dokumen yang dikehendaki disiapkan dan dikemukakan ke Unit Perolehan untuk lantikan semasa. Dan sebahagian 20% apabila kerja-kerja telah siap dijalankan. Sudah tentu, pengesahan kerja-kerja kontraktor akan dilakukan serentak yang akan menjadi sebahagian bilangan Gerak Gempur yang telah kita adakan.

Alhamdulillah, nampaknya, semakin kita menyusun strategi dan memikirkan taktikal bagi menggerakkan kerja, semakin kita dibukakan jalan untuk berbuat sesuatu yang terbaik. Semakin banyak kita berbincang, semakin bercambah idea untuk kemantapan BPH.

Enhancement dari segi cara kerja lebih banyak lagi yang kita perlu buat, seperti yang dinyatakan di dalam Bengkel SKT BPH yang lepas, dan sudah tentu saya masih ingin mengingatkan kepada seluruh bahagian, tak kira samada KUH, PT, Pegawai2 dan saya sendiri untuk sentiasa menjaga disiplin, attitude dan juga sahsiah diri. Yang penting, sentiasalah menghormati masa. Kita saling beringat!

Terima Kasih Semua

Wallahu 'Alam

-KBPH-

Monday 16 March 2009

Nilai etika...kita dimana?


-Salam ukhwah sepanjang zaman..dari tinta ke papan kekunci---
".......dalam masa projek pembinaan yang sedang berjalan hasil sumbangan LZS.Pegawai hartanah sedang berusaha menjalankan amanah yg diberikan dengan sebaik mungkin. dlam sedar atau pun tidak kita tetap akan diuji walaupun sebesar2 kuman.......
Integriti, ketelusan dan pelbagai perkataan yang sy kira 'intelligensia' meniti dari bibir ke bibir dikalangan rakyat malaysia, baik di kedai mamak (lepak di bandar2) mahupun diwarung kopi(biasanya di kg2). Rakyat telah pandai mengeluarkan hujah seperti peluru machine-gun. Masyarakat disekeliling kita akan menjadi 'Hakim' kepada kita....Apa yg sebenarnya ingin dikongsi & menjadi paparan pada hari ini adalah isu pemberian benda kepada pegawai2 (Hadiah)..
Pada meeting yg lepas...peg ada menyebut perihal 'duit makan' yang ingin diberikan kepadanya. walaupun nilainya agak kecil tapi ia akan menjadi BARAH dan kalau ia dibiarkan akan memudaratkan KITA espclly BPHTEAM(LZS). Itu adalah sedikit pengalaman peg di wilayah lain..Hari ini, saya sendiri telah diberikan kopok2 lekor yg montok2 di dalam satu beg plastik dan dimasukkan terus ke dlm kete yg saya bw...sememangnya melihat kepada kepok2 itu membuat kan saya terliur...almaklumla baru semalam pulang dari TERENGGANU dan membeli kepok2 ini dgn harga yg xmunasabah..... walaupun pertama kali sy berurusan dgn kontraktor yg memberikan 'buah tangan' ni... namun first impression sy agak -ve kpd sesiapa yg memberikan sesuatu kepada sy......
walaupun, kalau dilihat daripada pelbagai aspek pemberian ini sekadar sedekah, namun persoalan yg ingin ditimbulkan "Adakah saya akan diberikan benda yang sama jikalau tidak berjawatan seperti skrg?" kewujudan perasaan curiga ini membuatkan saya tidak berfikir panjang dan menghadiahkan kepada staf2 diwilayah....... biarpun apapon (Nawaitu) yang telah ditetapkan...tepok dada tahan selera. :)... Pd pandangan sy, lebih baik kita mencegah dari terus menjadi TREND di bahagian kita..Bukan apa, cuma ingin mengelakkan masyarakat ISLAM kita FREE2 dapat dosa menfitnah.... personaly,sy tidak ingin melihat bahagian kita diLABELkan dgn word yg tak menarik...
Hari ini mendapat kopok lekor....hari mendatang diberi $$$.... Moga kita tidak akan tersimpang ke landasan yg salah. Amin...
Nota kaki ;
pada masa karangan ini diupload, kabel laptop sy ni dah hampir nak putus..ish2....moga2 ia dapat bertahan lama....



by A-mil J-ahat

Thursday 12 March 2009

PROJEK : BANTUAN UNTUK 5 BUAH SEKOLAH

Seperti yang telah sedia maklum, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sekarang ini sedang dalam pemantauan ke atas kontraktor-kontraktor yang membina tambahan kelas untuk sekolah-sekolah yang memerlukan. Setakat ini, lima buah sekolah yang dibantu iaitu SRA Kanchong Darat, Felda Sg Buaya, Giching, Kuang dan Bukit Hijau. Oleh yang demikian, seharusnya pegawai-pegawai di wilayah perlu alert terhadap kewujudan projek tersebut sekadar untuk membuat tinjauan.

Projek ini adalah dipantau secara menyeluruh oleh Penyelaras Projek yang dilantik iaitu MAIS Construction & Properties Sdn. Bhd, dibawah syarikat ini mempunyai barisan tenaga profesional iaitu, jurutera sivil & struktur, jurukur bahan dan juga arkitek. BPH-LZS bertindak sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini dimana, sebarang kelulusan bahan dan perubahan kerja adalah tertakluk kepada kelulusan BPH LZS dengan nasihat Penyelaras Projek.

Berdasarkan Mesyuarat Tapak No. 1 yang diadakan di SRA Kanchong Darat, jelas ternyata kontraktor yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja di sana adalah berpengalaman dan mempunyai kualiti kerja yang tinggi. Saya percaya dengan pengurusan dan pemantauan secara berkala, tegas dan sistematik dapat mendidik kontraktor untuk meningkatkan mutu kerja.



Dan seterusnya, seperti laporan terdahulu dimana lawatan mengejut telah dijalankan di SRA Felda Sg Buaya bersama Pegawai Hartanah wilayah tersebut, kontraktor masih lagi giat menjalankan kerja-kerja walaupun telah disedari akan sedikit kelewatan dari program kerja. Yelah 9 Mac 2009 adalah tarikh siap projek tetapi pada 25 Februari 2009, pemasangan kekuda bumbung masih belum dilaksanakan lagi.




Walaubagaimanapun, dalam mesyuarat Tapak No. 3 yang diadakan pada 11 Mac 2009, turut dihadiri oleh KJPTM, kelima-lima kontraktor mewakili kelima-lima tapak projek telah diberi peluang sehigga ke 24 Mac untuk menyiapkan kerja-kerja fizikal. Maka pada 24 Mac nanti, akan diadakan lawatan kelima-lima tapak projek bagi pemeriksaan bangunan untuk mengesahkan kerja siap sepenuhnya.

Sememangnya hajat dihati supaya pegawai hartanah dapat turut serta di wilayah masing-masing untuk join sekali tour ni. Tapi diingatkan juga pada tarikh tersebut kita akan Bergerak Gempur Siri 2 di Sabak Bernam selama 2 hari 1 malam!!!

-KBPH-

Friday 6 March 2009

GERAK GEMPUR NO. 1

Tarikh : 11 Mac 2009
Berkumpul di : Kaunter Kuala Langat
Jam : 9.30 pagi

Task Gerak Gempur No. 1 ini diberikan kepada Pegawai-pegawai yang terlibat, sasaran adalah hampir 30 buah rumah perlu disiasat bentuk pembaikan yang perlu dilaksanakan. Arahan kerja perlu dikeluarkan seberapa segera dimana jika harga pembaikan bagi satu-satu rumah adalah kurang dari RM30K, Lantikan semasa akan dibuat. Kita perlu cepat!! Sementara Unit Perolehan masih mempunyai ketua untk organise tugas. Tambahan lagi ini adalah projek kritikal, lebih-lebih lagi aduan telahpun beberapa kali berlaku. Jangan ada sesiapa yang lewat walaupun satu minit!!!!Jadi, keluar lebih awal jika sekiranya dijangka akan jammed di jalan

Lokasi ialah Desa Ehsan Permatang Pasir.

Cabaran buat anda, siapkan siasatan untuk kesemua bilangan rumah disitu pada hari tersebut. Maka semangat berpasukan amatlah diperlukan!!!

Ini baru Gerak Gempur No. 1


Gerak Gempur No. 2 melibatkan 68 unit rumah

Gerak Gempur No. 3 lebih kurang 26 unit rumah

akan diaturkan kemudiannya.
Ingat juga 12/3/2009 Pagi akan ada Mesyuarat Bahagian, Petang, selepas Zohor kita akan mulakan TaskForce yang akan diketuai oleh KUH, all day event, food are provided..!!! Dunt Worry!!!

Tentatively, 13/3/2009 Block dulu tarikh ini untuk Mesyuarat SKT, most slightly akan jadi, tetapi kalau cancel akan di informkan kemudian.

Wallahu 'Alam


-KBPH-

Monday 2 March 2009

LAWATAN DI WILAYAH TIMUR

So..this is my first time driving alone to area Serendah. So pada 26/2/2009 yang lepas, Kami di Bahagian Pengurusan Hartanah HQ telah turun padang ke Wilayah Timur, so ada dua buah rumah bantuan yang dah kami jenguk untuk selesaikan masalah kontraktor lari tanpa menuntut bayaran plus lagik dia tinggalkan indon tukang die tuh digantung tak bertali. Jadi Alhamdulillah masalah selesai. Kami rasa itu masalahnya kalau menganugerahkan kerja kepada yang tak bertanggungjawab tetapi mementingkan keuntungan semata-mata. Di pikiran saya ketika ini berlegar2 wajah2 kontrakotr yang saya anggap boleh diharap dan membuat kerja dengan cemeerlang sekali tanpa berkurang kira. Alhamdulillah cahaya keimaan terserlah di wajah mereka. Moga kehidupan mereka sentiasa diberkati Allah.


So, ini adalah first time saya turun ke wilayah timur as i mentioned before.. lawatan pengesahan kerja ke wilayah barat telah saya pergi sehari pertama bekerja, wilayah selatan pulak seawal bulan pertama dan disusuli dengan wilayah utara. Terkini di wilayah Timur, lawatan telah dibuat bersama pegawai hartanah wilayah..

Mungkin memberikan satu flat emotion juga kepada pegawai hartanah yang bertugas di wilayah kerana kerja-kerja pantauan adalah melibatkan kerja-kerja berskala kecil, jadi inilah dia, sampai masanya untuk secara berdikit-dikit mereka mengambil tanggungjawab yang lebih besar. Test di buat di Wilayah Timur bagi saya sebagai ketua mereka adalah perlu untuk 'grooming' diri mereka sendiri bahkan lagi pegawai hartanah di bahagian ini semuanya berkelulusan Sarjana.

Jadi, ini lawatan projek skala besar yang telah dibuat pada hari tersebut, pengenalan projek-projek untuk pemantauan atau pemerhatian Pegawai Hartanah yang terlibat walaupun projek ini mempunyai coordinator yang telah kita lantik.

1. Membina 6 buah kelas di SRA Felda Sg Buaya, worth RM 500,000.00
bakal disiapkan pada 10 Mac 2009. Awas Kontraktor, telah ditegur oleh Pegawai Hartanah Wilayah (A.J) YOUR HOUSE KEEPING IS VERY POOR!! Silap-silap ada ulau besar berlingkar kat bawah kayu2 formwork tuh pun koang tatau!!!!!




2.Projek Membina sebuah Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa...Worth 5.8 juta.Pegawai Hartanah membuat penilaian di tapak dan semasa lawatan kerja-kerja penanaman cerucuk di jalankan. Mesyuarat Tapak yg pertama telah dipengerusikan sepenuhnya oleh Pegawai Hartanah Wilayah Timur... Syabass!!! Kerana menyahut cabaran!!!!!



Lawatan seterusnya ialah ke bakal tapak surau pembesaran di Taman Cempakasari dan sesi lawatan memang memakan masa yang agak lama. Kering jugak tekak membuat lawatan kerja. Memang syabaslah kepada pegawai hartanah di semua wilayah kerana anda bertahan melayan kerenah kontraktor, pemohon dan sebagainya.

P.S :- Hari ini, 2 Mac 2009, satu kejadian buruk telah menimpa Pegawai Hartanah Wilayah Selatan, terlibat dalam ekmalangan hingga kereta yang baru dibeli masuk ke dalam longkang. Pegawai cedera di tangan, harap-harap tiada apa yang buruk lagi berlaku. Sama-sama didoakan. Amin

Wallahu'Alam