Saturday, 20 November 2010

SRA BUKIT SENTOSA - Telah siap sepenuhnya











Alhamdulillah..




Rasanya tak terlambat untuk diberitahu, Projek SRA Bukit Sentosa, yang dibantu oleh LZS menggunakan wang zakat daripada pembayar-pembayar di Selangor telah siap sepenuhnya.

Bahagian Pengurusan Hartanah LZS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pembayar-pembayar kerana dengan hasil wang zakat mereka, penduduk di Bukit Sentosa mendapat kemudahan untuk anak-anak cucu mereka menimba ilmu agama dengan persekitaran yang selesa dan kondusif.

Tugas kami hanyalah menguruskan dana yang diamanatkan oleh para pembayar zakat di Selangor. Dan ini adalah salah satu projek mega yang kami uruskan dalam bentuk produk yang boleh dimanfaatkan.

Semoga Allah memberkati dan memberi keredhaan kepada Pembayar Zakat sekalian selagi Sekolah Rendah Agama digunakan dan dimanfaat, surau yang ada diimarahkan oleh penduduk kampung.

Berikut ialah serba sedikit maklumat berkenaan pembinaan SRA Bukit Sentosa ini, siapa yang terlibat di dalam penjagaan mutu dan kualiti pembinaan serta rekabentuk bangunan.



ARKITEK


Linea Architect Sdn Bhd
36-3, Medan Setia Dua,
Plaza Damansara,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur

JURUTERA C&S

Mohis & Associates
No. 11, Jalan Bola Jaring 13/15,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


JURUTERA M&E

Mechylite Consult Sdn Bhd
No. 11, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


dan Kontraktor Reka dan Bina


MAIS CORPORATION SDN BHD

(Anak Syarikat Milik Majlis Agama Islam Selangor)
No 2-3 Tingkat 2,
Jalan 14/22,
46100 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Kami di LZS mengucapkan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan pembinaan projek ini, yang sama-sama membantu LZS dalam menguruskan pembinaan Sekolah ini. Tahniah buat semua!!

Terima kasih kepada para pembayar zakat di selangor.

Tuesday, 2 March 2010

MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH BIL 2/2010

ASSALAMUALAIKUM

Dimaklumkan Mesyuarat Bahagian akan diadakan seperti butir2 berikut :-

Tarikh : 9 Mac 2010
Tempat : Tingkat 10, Bilik Mesyuarat Tingkat 10, Menara Selatan
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari


Sarapan disediakan.

Untuk itu, pegawai-pegawai dikehendaki hadir seawal jam 8.00 pagi di HQ. Punch Card di HQ pada waktu tersebut kerana waive tidak akan dibenarkan pada waktu hadir pada tarikh tersebut.

Laporan :


Sila sediakan laporan lebih awal, dan Ketua Unit Hartanah hendaklah menandatangani laporan tersebut sebelum Mesyuarat berjalan. Bermakna pegawai dikehendaki menghantar laporan lebih awal daripada tarikh mesyuarat untuk direview oleh Ketua Unit Hartanah.

Laporan yang perlu dibentangkan adalah seperti yang berikut
:

Pegawai Teknikal Daerah - Laporan Bulanan Siasatan dan Permohonan

- Laporan kerja-kerja yang dilantik melalui proses tender

Ketua Unit Hartanah - Laporan Prestasi Kontraktor & Laporan Penambahan Kos Bulanan

Sekian dimaklumkan

Sunday, 7 February 2010

PENGUMUMAN..



Mesyuarat Bahagian Pengurusan Hartanah Bil 1/2010

Tarikh : 9 Februari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 10
Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah,
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang

Buat sekian kalinya saya mengingatkan bahawa anda semua perlu bersedia dengan laporan-laporan berkaitan, kalau tidak mahu singa mengaum lagi....

Tahun 2010.. kita mempunyai halatuju, kita mau membuktikan kehadiran kita memberi kesan kepada perkhidmatan yang diberikan di posisi agihan zakat.. Maka jika anda tidak berusaha untuk mengikuti arus yang deras, sudah tentu anda akan terdampar di tepian....

Kita jumpa esok!