Tuesday, 17 March 2009

GERAK GEMPUR NO. 1 TELAH SELESAI

Assalamualaikum.. saya masih merasa terharu, kerana sokongan yang diberikan kepada orang baru seperti saya di BPH LZS. Maklumlah.. dah lah baru..tapi menjadi ketua pula kepada anda.. Arahan dan jadual yang ditetapkan untuk Gerak Gempur No. 1 yang di adakan di Permatang Pasir, walaupun sehingga hari ni saya belum nampak lagi apa hasilnya, samada dari gambar atau dokumen berkaitan, namun berdasarkan laporan dari KUH, saya percaya pegawai dan KUH menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Terima kasih atas sokongan pegawai-pegawai.

Seperti yang telah berbuih saya ceritakan pelan konsep aturan kerja di BPH LZS, saya dari dahulu lagi lebih suka dengan konsep berpasukan. Saling menyokong diantara satu sama lain, dan saling lengkap melengkapi. Ini kerana kita bukan bergerak secara individu, menaikkan spark secara seorang diri, akan tetapi bersama-sama bergerak untuk bahagian. Sudah tentu disebabkan matlamat penubuhan BPH agar menjadi penyokong kepada sistem agihan LZS yang merupakan satu tugas wajib dalam organisasi ini.

Sehubungan dengan itu, saya berpendirian, berdasarkan persefahaman antara kita, keperluan untuk saling menyokong tanpa rasa iri, saya menganggap bahawa pegawai-pegawai yang ditadbir ini lagi mudah memberikan kerjasama. Saya akui kerana berbanding pegawai-pegawai yang saya tadbir di tempat kerja yang terdahulu, semakin banyak pengalaman mereka, semakin tinggi pengetahuan mereka semakin sukar untuk di pandu dan diarahkan. Namun begitu, saya amat berharap kita akan mengamalkan konsep perkongsian, berpasukan dan saling lengkap melengkapi dalam apa jua keadaan. Sememangnya, Gerak Gempur No. 1 bagi saya 60 % telah berjaya, lagi 20% apabila dokumen yang dikehendaki disiapkan dan dikemukakan ke Unit Perolehan untuk lantikan semasa. Dan sebahagian 20% apabila kerja-kerja telah siap dijalankan. Sudah tentu, pengesahan kerja-kerja kontraktor akan dilakukan serentak yang akan menjadi sebahagian bilangan Gerak Gempur yang telah kita adakan.

Alhamdulillah, nampaknya, semakin kita menyusun strategi dan memikirkan taktikal bagi menggerakkan kerja, semakin kita dibukakan jalan untuk berbuat sesuatu yang terbaik. Semakin banyak kita berbincang, semakin bercambah idea untuk kemantapan BPH.

Enhancement dari segi cara kerja lebih banyak lagi yang kita perlu buat, seperti yang dinyatakan di dalam Bengkel SKT BPH yang lepas, dan sudah tentu saya masih ingin mengingatkan kepada seluruh bahagian, tak kira samada KUH, PT, Pegawai2 dan saya sendiri untuk sentiasa menjaga disiplin, attitude dan juga sahsiah diri. Yang penting, sentiasalah menghormati masa. Kita saling beringat!

Terima Kasih Semua

Wallahu 'Alam

-KBPH-

1 comment:

  1. xsabar nak g gerak gempur yg no 2 & 3.....nak gempur asnaf yg xpuasa......

    ReplyDelete