Tuesday 28 April 2009

BANTUAN TETAP BANTUAN..TAPI...

Assalamualaikum,

Bantuan tetap bantuan tetapi, ada juga yang memohon bantuan semacam tak menghargai bantuan yang diberikan. Telah banyak lawatan yang saya buat samada lawatan ke rumah bina baru baikpulih, dan juga sekolah-sekolah.. cuma terpanggil untuk merakamkan sedikit kekecewaan, sebab ada yang menerima bantuan seakan-akan tidak bersyukur ke atas bantuan yang diberikan. Seterusnya membuat pelbagai aduan sedangkan aduan tersebut tidak diperiksa dan tidak berasas. Sudah tentu yang terkena taik hitam nya adalah Bahagian ini yang telah ditransformkan daripada asalnya adalah salah satu unit di dalam jabatan lain dan kemudiannya menjadi sebuah bahagian yang teknikal di dalam organisasi yang sangat tidak teknikal.

Cabaran yang besar bukan, menteknikalkan orang yang bukan teknikal bukan jalan mudah. Seharusnya, cara-cara dibuat dengan perlahan untuk pendedahan dan seterusnya kena bermain fakta. Tetapi cabaran bagi menghadapi golongan penerima bantuan yang begini seakan-akan mematikan semangat kita untuk berjuang memberi sumbangan teknikal yang terbaik di organisasi.

Kesnya, perNah ke satu tapak saya pergi untuk tinjauan, dan penerima bantuan tersebut telah mengadu macam-macam sesimple "kalau pintu terbuka dan kebetulan angin kuat pasti pintu akan rosak jika tidak di pasang stopper" ..mungkin saya patut mengabaikan sahaja aduan sebegitu kerana tidak sepayah mana untuk memenuhi keperluan yang diminta, akan tetapi jika aduan yang sekecil begitu dibuat sehingga ke pihak atasan oleh penerima bantuan, alangkah rumitnya kerja teknikal ini bagi memuaskan hati semua orang. Sedangkan kita di BPH memegang sepenuhnya pada arahan kerja yang telah dianugerahkan kepada kontraktor yang dilantik tetapi penerima bantuan membuat onar yang sebegitu rupa, malahan aduan tersebut tidakpun mencacatkan atau merugikan di pihaknya.

Tetapi.. saya masih lagi memujuk hati, kerana untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah senang sahaja, jujur dan ikhlas, semuanya Lillahi Ta'ala...

Nak share sekit, apa yang Ustaz Zamri yang selalu bersiaran DI TV 9 dimana baru-baru ni beliau dipanggil oleh organisasi kita untuk menyampaikan kuliah ilmu...

Purata waktu kita tidur adalah lebih panjang daripada waktu kita sedar dan melaksanakan kerja. Jika purata umat Nabi Muhammad adalah sehingga 65 tahun, lebih kurang 50 tahun digunakan untuk tidur, 2 tahun untuk sembahyang, 8 tahun untuk bekerja dan 5 tahun rehat memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maka, sudah tentu rugi kita kerana 50 tahun hanya untuk tidur manakala perkara yang mendatangkan pahala hanya selama 2 tahun sahaja. Maka bangun sepertiga malam boleh membantu menambahkan meter pahala, dicampur pula 8 tahun bekerja tersebut niatnya adalah kerana Allah, sudah tentu ianya bermanfaat sebagai bekalan.

Jalan yang kita pilih untuk berkhidmat di organisasi ini adalah jalan yang terbaik untuk kita membuat pelaburan di akhirat. Yer atau tidak ???

-KBPH-

No comments:

Post a Comment