Friday 29 June 2012

BOWLING HARTANAH 2.0



Assalamualaikum wrt,

Bowling Hartanah 2.0 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Terima kasih kepada semua hadir dan memberi komitmen yang tak berbelah bagi. Kumpulan yang berjaya diucapkan tahniah dan kumpulan yang MENANGgung kekalahan diharap dapat berusaha lagi pada edisi 3.0 yang akan datang (kalau ada la...).

Kehebatan BD telah mula menjadi buah mulut dikalangan staf hartanah. Malah kontraktor2 yg buat rumah zakat dari Sabak Bernam hingga ke Sepang pun mula bercerita di tapak2 projek tentang kehebatan beliau. Tanpa menghiraukan gangguan gangguan mental yg cuba diberikan pihak lawan dan juga penganjur, beliau berjaya mengkonsistenkan balingannya.

Penganjur pada malam kejadian hanya bermain mengikut taktik yg telah ditetapkan bersama Awang dan Dila. Selain faktor penat, pilihan bola yang terhad juga telah menyebabkan penganjur menghadkan jatuhan pinnya. Dengan itu, diharapkan janganlah ada spekulasi2 liar yang cuba mengaitkan prestasi penganjur pada malam itu dengan faktor TAK PANDAI MAIN.....

Berikut sedikit analisis prestasi kumpulan (mengikut pemenang) oleh ESPNSportsCenter Edisi pagi Sabtu 9/6/2012:-


Post Game Review.

No 1 - Kumpulan 4.(BD, AZ, Shahir)

Kekuatan seimbang bowler2 dalam team ini menjadi tunjang kejayaan mereka. Berjaya mendominasi game 1 dgn 385 mata namun sedikit keletihan pada game 2 dgn hanya 346 mata dibelakang kump 1(365) dan kump 3 (348). Namun berjaya bangkit meninggalkan cabaran kump yg lain dgn jatuhan pin pada game 3 sebanyak 405 mata (rekod baru kejohanan). Jumlah mata keseluruhan yang dikumpul sebanyak 1,136 pasti menjadi igauan ngeri buat kumpulan lain. Tentunya langkah bersahaja, hayunan memukau dan lenggok bergaya oleh BD pastinya akan menjadikan tandatangan beliau buruan oleh kump lain pada edisi akan datang.


No 2 - Kumpulan 3. (Pie, Noend, Shahrul)

Bermula agak perlahan pada game 1 (290 mata) dibelakang kump 4 (385) & 5(319). Namun Noend selaku kapten pasukan berjaya merangsang kembali rakan2 sepasukan untuk bangkit pada game ke 2 dgn jumlah jatuhan sebanyak 348 mata dibelakang kump 1 (365 mata). Mereka akhirnya berjaya mengekalkan tempat ke 2 di game ke 3 (329) dibelakang kump 1 (405 mata) dgn jumlah jatuhan pin sebanyak 967. Kump ini sebenarnya berpotensi menjuarai kejohanan namun disebabkan koleksi longkang yang dikumpul oleh PIE sedikit sebanyak memberi kesan kepada keputusan perlawanan.


No 3 - Kumpulan 5. (Affiq, Shida, Mel)

Pada mulanya kump ini telah dijanjikan kejuaraan oleh penganjur (dengan harapan dapat dibelanja sarapan nasi lemak & ayam golek Klang Sentral), namun prestasi tak menentu oleh Affiq (yg kena baru lepas kena marah dgn bos sbb dtg meeting lambat) menyebabkan segala strategi penganjur tak menjadi. Dengan kutipan tak menentu (319 game 1, 299 game 2, 310 game 3) sedikit pun tidak mencerminkan profile kump yg boleh menang.

No 4 - Kumpulan 6. (Apiz, Dila, Awang)

Kumpulan ini sebenarnya boleh menang pada malam tersebut tetapi disebabkan janji penganjur yg nak sangat bagi kump Mel menang telah menghasilkan keputusan ini. Cuma kurang 23 mata jer dari kump mel yang dapat no 3 tu. Prestasi bowler bukan tak power tapi cuma ikut strategi yang telah dirancang awal-awal lagi (nak bg team Mel menang).


No 5 - Kumpulan 1. (Jai, Dayah, Zack)

Team ni tak diberi harapan untuk sekurang2nya mendapat buah melon pada awalnya kerana sekadar mengutip 287 pada game 1. Namun dengan kehadiran super sub zack telah melonjakkan kutipan mata kump ini pada game ke 2 sebanyak 365 mengatasi lain-lain kump. Namun panas yang disangka sampai ke petang tetapi hujan lebat turun pada tengahari. Seolah2 hilang punca, mereka hanya mampu mengutip 236 mata di game ke 3 seterusnya kedudukan tercorot. Keputusan itu memberi kesan besar menyebabkan kump ini hanya mampu menduduki tempat ke 5 keseluruhan.


No 6 - Kumpulan 2. (AJ, Reena, Zikri)

Kump ni yg byk menyumbang pun Reena jer... AJ dgn Zikri tak beri makna pun pada kump ni....kalau Reena baling sorang pun takpe kut....huhuhu....mana taknyer, mata setiap game takde yg capai 300....hmmmm malas la nak citer.....hehehehe

Akhir kata dari penganjur...

Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan penganjuran kali ini. Diharapkan penganjur edisi akan datang (3.0) boleh buat yg lebih Grand lagi.....Affiq, your turn next......hehehe

Regard,

Abdul H. A.
Kakitangan,
Lembaga Zakat Selangor...








No comments:

Post a Comment