Friday, 29 June 2012

Prestasi Projek Bina/Baikpulih Rumah LZS

Sedar tak sedar  perjalanan kita di tahun 2012 telah sampai separuh jalan. Sebelum kita teruskan perjalanan untuk 6 bulan seterusnya, adalah baik kita review prestasi dan pencapaian PROJEK BINA/BAIKPULIH RUMAH LZS yang melibatkan Peg Teknikal di daerah. Diharapkan dengan perkongsian maklumat, mana-mana part yang lemah dapat kita kuatkan dan dapat kekalkan mana-mana yang sudah mantap.

Data-data yang saya muatnaik di bawah adalah statistik pencapaian sepanjang Jan - Jun 2012.

Jumlah pelantikan Jan - Jun 2012


% Projek siap Jan - Jun 2012


% Projek lewat siap Jan - Jun 2012

Secara keseluruhan pencapaian semua peg teknikal adalah memuaskan sahaja. bukan baik. bukan cemerlang. Justeru itu masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki prestasi kita dalam gerakkerja ini.

Selaku pihak yang menyelia gerakkerja ini, ingin saya jelaskan pada peg2 teknikal bilangan projek siap dalam tempoh yang ditetapkan merupakan salah satu KPI yang diberi perhatian oleh CEO. Dalam ringkasan status pencapaian KPI LZS sehingga Mei 2012, SPH hanya mampu mencapai 76% berbanding sasaran 80% yang ditetapkan.

Sehubungan itu, bagi 6 bulan akan datang ini saya mengharapkan agar kita dapat bersama-sama meningkatkan usaha dan kerjasama agar semua projek2 rumah ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment