Saturday, 2 May 2009

JURUUKUR BANGUNAN - BUILDING SURVEYOR

Satu nama yang bukan lagi baru, Jurukur Bangunan - memang nampak tak teknikal langsung pada namanya, akan tetapi jika sesbuah negara sudah mula meng 'establish' jurukur bangunan sebagai satu badan profesional, ini bermakna negara tersebut bukan lagi negara yang sedang membangun, akan tetapi telah maju sepenuhnya. Ye...sebelum maju kena membangun dulu, kalau tak takderlah kemajuan akibat tiada pembangunan.

Untuk yang tidak begitu mengetahui Jurukur Bangunan, peranan jurukur bangunan bermula dari peringkat pembinaan - tanah kosong, sehingga lah bangunan telah siap dibina dan memerlukan penyelenggaraan. Bermakna bidang pelajaran di dalam subjek Jurukur bangunan tersangatlah besar berbanding jurusan teknikal yang lain.

Berdasarkan pengalaman dan tinjauan, seorang graduan Jurukur bangunan boleh memasuki bidang Jurukur Bahan - kerana kuantifikasi bangunan dan subjek kontrak, kos dan prosedur adalah subjek yangb boleh dikatakan utama juga di dalam sukatan pelajaran. Boleh juga memasuki bidang perancangan - subjek pengajian perancangan bandar dan wilayah turut terdapat dalam sukatan. Begitu juga dengan pengurusan projek pembinaan, subjek kuantifikasi binaan dan pengurusan projek turut menjadi subjek teras bagi jurusan ukur bangunan.

Berbalik kepada pengetahuan teknikal pula, jurusan ini juga memberikan pendedahan kepada rekabentuk struktur dan juga teknologi binaan.

Dan yang menjadi subjek utama, ialah subjek perkhidmatan bangunan yang lebih kepad penyelenggaraan. Oleh yang demikian sebagai graduan jurukur bangunan, saya bersyukur walaupun pada mulanya saya mengambil keputusan untuk ke bidang jurukur bangunan yang mana saya tidak tahu langsung apa kelebihan dan kelemahan, malah bukan menjadi satu jurusan fovourite di dalam fakulti alambina, itu adalah keputusan yang betul.

Nak tahu lagi pasal jurukur bangunan? tanyalah pada saya hehhehe.... dan apa bidang bagi adik-adik dan ahli keluarga anda yang lain yang sedang terkapai-kapai lagik mencari arah untuk melanjutkan pelajaran, pilihlah ini sebagai salah satu pilihannya!!!

Siap promote pulak

-KBPH-

Tuesday, 28 April 2009

BANTUAN TETAP BANTUAN..TAPI...

Assalamualaikum,

Bantuan tetap bantuan tetapi, ada juga yang memohon bantuan semacam tak menghargai bantuan yang diberikan. Telah banyak lawatan yang saya buat samada lawatan ke rumah bina baru baikpulih, dan juga sekolah-sekolah.. cuma terpanggil untuk merakamkan sedikit kekecewaan, sebab ada yang menerima bantuan seakan-akan tidak bersyukur ke atas bantuan yang diberikan. Seterusnya membuat pelbagai aduan sedangkan aduan tersebut tidak diperiksa dan tidak berasas. Sudah tentu yang terkena taik hitam nya adalah Bahagian ini yang telah ditransformkan daripada asalnya adalah salah satu unit di dalam jabatan lain dan kemudiannya menjadi sebuah bahagian yang teknikal di dalam organisasi yang sangat tidak teknikal.

Cabaran yang besar bukan, menteknikalkan orang yang bukan teknikal bukan jalan mudah. Seharusnya, cara-cara dibuat dengan perlahan untuk pendedahan dan seterusnya kena bermain fakta. Tetapi cabaran bagi menghadapi golongan penerima bantuan yang begini seakan-akan mematikan semangat kita untuk berjuang memberi sumbangan teknikal yang terbaik di organisasi.

Kesnya, perNah ke satu tapak saya pergi untuk tinjauan, dan penerima bantuan tersebut telah mengadu macam-macam sesimple "kalau pintu terbuka dan kebetulan angin kuat pasti pintu akan rosak jika tidak di pasang stopper" ..mungkin saya patut mengabaikan sahaja aduan sebegitu kerana tidak sepayah mana untuk memenuhi keperluan yang diminta, akan tetapi jika aduan yang sekecil begitu dibuat sehingga ke pihak atasan oleh penerima bantuan, alangkah rumitnya kerja teknikal ini bagi memuaskan hati semua orang. Sedangkan kita di BPH memegang sepenuhnya pada arahan kerja yang telah dianugerahkan kepada kontraktor yang dilantik tetapi penerima bantuan membuat onar yang sebegitu rupa, malahan aduan tersebut tidakpun mencacatkan atau merugikan di pihaknya.

Tetapi.. saya masih lagi memujuk hati, kerana untuk menjadikan kerja kita sebagai ibadah senang sahaja, jujur dan ikhlas, semuanya Lillahi Ta'ala...

Nak share sekit, apa yang Ustaz Zamri yang selalu bersiaran DI TV 9 dimana baru-baru ni beliau dipanggil oleh organisasi kita untuk menyampaikan kuliah ilmu...

Purata waktu kita tidur adalah lebih panjang daripada waktu kita sedar dan melaksanakan kerja. Jika purata umat Nabi Muhammad adalah sehingga 65 tahun, lebih kurang 50 tahun digunakan untuk tidur, 2 tahun untuk sembahyang, 8 tahun untuk bekerja dan 5 tahun rehat memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maka, sudah tentu rugi kita kerana 50 tahun hanya untuk tidur manakala perkara yang mendatangkan pahala hanya selama 2 tahun sahaja. Maka bangun sepertiga malam boleh membantu menambahkan meter pahala, dicampur pula 8 tahun bekerja tersebut niatnya adalah kerana Allah, sudah tentu ianya bermanfaat sebagai bekalan.

Jalan yang kita pilih untuk berkhidmat di organisasi ini adalah jalan yang terbaik untuk kita membuat pelaburan di akhirat. Yer atau tidak ???

-KBPH-

Friday, 24 April 2009

Salam….seperti yang sahabat2 telah maklum dari ketua bahagian hartanah kita, gerak kerja pegawai akan bertukar…..idea gerak kerja mengikut zon itu dilihat sebagai salah satu kaedah yang dirasakan mampu untuk membantu kita menurunkan graf masalah yang bahagian hartanah hadapi….. penempatan di halaman sendiri seperti yang berlaku ketika ini ada membawa kebaikan tetapi tidak kurangnya keburukan….Cuma volumenya yang agak berbeza…..jadi diharap pengurusan bahagian hartanah di atas pertimbangan yang sangat-sangat wajar akan keluar dengan keputusan yang diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan gerak kerja di bahagian hartanah yang kita sayangi………

P/s : selepas difikir-fikirkan…….mungkin cadangan puan ketua bahagian tempohari tu ada baiknya…..zon 5 pun zon 5 la….janji CONFIRMMMMMMMMMM……..

By : dulu sg besar, kini kuala selangor, akan datang ??????????