Tuesday, 10 February 2009

TERIMA KASIH KONTRAKTOR SEKALIAN

Alhamdulillah seperti yang telah di maklumkan sebelum ni. as per entry below.. hari ini kami tlah selamat mengadakan Taklimat Kontraktor untuk Pembekalan Perabot di Asrama-anak-anak asnaf di Kampung Perepat, Kapar, Klang.

Sambutan amatlah meriah di kalangan kontraktor, berdasarkan kehadiran 78 syarikat yang hadir dengan menghantar wakil kebanyakannya berdua, menggamatkan lagi suasana tapak projek pada hari ini.

Bermula 10.30 pagi, hujan lebat dah menuntut kami utk membatalkan taklimat tapi, hujan skejapan ajer, lebih2 lagik, taklimat pun dibuat di kawasan yang berbumbung. Menghampiri kul 12.00 jugak siap taklimat, setelah penerangan diberikan oleh konsultan yang dilantik LZS, dengan Walk About yang dibuat.

Terima kasih kepada Wakil Kontraktor Utama, MAIS Corporation Sdn. Bhd, bagi memudahkan urusan lawatan tapak, dan juga konsultan yang dilantik En Saufi dari Intria Prima, Juruperunding ID yang terkenal mungkin. Sakit-sakit mata pun dia, masih larat nak membuat taklimat tender.

Suka untuk kami ingatkan, placing order untuk beli Dokumen Tender akan ditutup esok 11/2/2009 pada jam 5.00 petang. Hanya yang hadir ke lawatan tapak sahaja dibenarkan untuk membeli dokumen tender. Kami percaya itu adalah yang terbaik bagi memastikan kontraktor tidak nmerasa tertipu dengan dokumen tender yang dikeluarkan. Lebih baik mengisi harga dengan keadaan di tapak kita dah kaji dan tengok bagaimana rupa.

Cara order : Hubungi kami di Bahagian Pengurusan Hartanah LZS, No Telefon, call sahaja direct line as per mentioned di www.e-zakat.com.my, (tak boleh paste kat sini bagi mengelakkan gangguan plus kami tiada lesen untuk mewar-warkan) Bagitau daripada mana anda wakili, (nama syarikat) dan kami akan masuk dalam kiraan supaya mudah konsultan menyediakan dokumen.

Bayaran RM 250 ATAS kiriman wang / wang pos / bamk deraf berpalang mentioned LEMBAGA ZAKAT SELANGOR . WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Wallahu Alam

No comments:

Post a Comment