Berbalik kepada Tender Pembekalan Perabot untuk Asrama anak-anak asnaf Kg Perepat, Kapar Klang, esok adalah tarikh tutup tender.. Diulang!!! Esok adalah tarikh tutup tender.. Kontraktor kena hantar tender tersebut seblum 12.00 noon.. after that time, peti tender akan ditutup untuk tidak dibenarkan sesiapa menghantar dokumen lagi.. Kalau ada juga yang hantar, mungkin kami akan cop kan sebagai "LEWAT"
Cuma telah dinyatakan seblum ini akan syarat-syarat penyertaan. Kontraktor perlu menghadiri alwatan tapak. Itu adalah WAJIB. tapi masih ada yang berminat untuk memasuki tawaran tetapi tidak menghadiri lawatan tapak. Sedikit kesal kerana, projek ini seboleh-bolehnya kami tidak memahukan ada sebarang pertambahan kerja. Jadi sessi "Walkabout" yang dibuat semasa taklimat kontraktor amatlah penting untuk tujuan pertimbangan kontraktor bagi menyebutharga.
Sememangnya payah sekali ingin melaksanakan satu kerja yang telus, selebihnya, apabila telah diberitahu kepada kontraktor pada hari taklimat yang peluang diberi selama satu hari keesokannya untuk kontraktor placing order bagi penyediaan dokumen tender, tapi ada juga yang tak order tapi nak beli. Dah tentu lah dokumen tender tersebut dibuat ngam-ngam untuk mereka yang order, tapi ada pula yang datang dan nak beli without order terlebih dahulu, saya cuma minta mereka bersabar untuk kami buat copy dan datang esok hari untuk ambil, tapi apa yang kami dapat, kontraktor tersebut terus membuat aduan kepada pihak yang tidak sepatutnya yang menyebabkan saya diquery umpama oang yang salah. Wahai kontraktor.....
Apa yang Bahagian Pengurusan Hartanah cuba laksanakan sekarang ialah satu prosedur, perolehan kerja dan projek yang telus. Selok belok soklan BPR jika sekiranya sesuatu yang buruk berlaku telah saya fahami. Bagi mengelakkan kekeliruan dan syak wasangka, kesemua prosedur perlu diikuti oleh kesemua kontraktor tidak terkecuali barang seorang pun. Kami di BPH tidak mempunyai kepentingan di mana- mana pihak cuma, hanya berkepentingan dengan mandat yang Allah berikan untuk tanggungjawab menjaga amanah dan mengagihkan duit zakat dengan teusnya.
Apa kata anda???
Wallahualam...

huhu
ReplyDeletewahai kontraktor yang budiman..moga anda tergolong dalam org2 yang memegang amanah Allah S.w.t. Rezeki Allah itu ada dimana....
ReplyDeleteAnak Jantan said wut??
ReplyDeleteAntara Tip2 Penutupan Tender...
Tender mahupun sebut harga yang diterima tanpa dibuka hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran berkunci. Peti tawaran hendaklah ditanda tarikh dan waktu peti akan dibuka.
Dua kunci yang berbeza bagi peti tawaran hendaklah diadakan dan anak kunci dipegang secara berasingan oleh dua orang pegawai kanan Jabatan berkenaan. Keselamatan peti tawaran hendaklah sentiasa dijaga.
Biasanya tempoh antara penyediaan tender hingga penutupan tender adalah minima antara 21 hari. Namun tempoh ini akan lebih lama jika membabitkan projek yang lebih besar kosnya.
Sebelum menghantar sesuatu dokumen tender itu, kontraktor hendaklah menyemak pada iklan tarikh tutup dan tempat mengemukakan tender kerana ia mungkin berbeza dengan tempat membeli tender. Kontraktor juga perlu memastikan tajuk dan nombor projek dicatatkan di luar sampul surat tender.
Borang Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang bertulis tajuk projek berkenaan sebelum pukul 12 tengahari.
Penghantaran borang tender selepas masa dan tarikh tersebut tidak akan dilayan.