Monday 23 March 2009

GERAK GEMPUR NO. 2 DAN NO. 3

Assalamualaikum... yang dinantikan sudah tiba.. tak tauler apa yang menarik minat Pegawai Hartanah, tak sabar menunggu Gerak Gempur kali ni. Mungkin disebabkan jadual yang amat padat sekali untuk siasatan berkelompok yang akan dijalankan..

Jadi, diingatkan 24 Mac 2009, 9.30 pagi, kesemua yang terlibat perlu punctually reach di Kaunter Kuala Selangor untuk memulakan Gerak Gempur No. 2/2009. Mohon jangan terlewat kerana, ianya bakal menganjakkan lagi program kita seterusnya. Pada hari tersebut seharian kita akan membuat siasatan dan jangkaan rumah yang akan disiasat ialah 68 unit rumah. Rehat, makan tengahari seperti biasa pada jam 1 tengahari dan siasatan dijangka berakhir jam 5.00 petang.

Untuk malam, akan diadakan Taskforce Siri 2/2009 bagi penyiapan dokumen dan laporan untuk Gerak Gempur yang dijalankan siang harinya. Insya Allah kemungkinan besar KJ akan turun padang untuk menyertai Taskforce kita untuk malam tersebut. Taskforce dijangka akan berjalan selama 2 1/2 jam (memori di asrama dulu mungkin berulang, tiap2 malam ada prep!!) dari jam 8.30 - 11.00 malam. Jangan bimbang minum malam akan disediakan.

Oh ya!! Alhamdulillah kita akan menginap di D'Muara Resort selama satu malam tersebut. Taskforce Siri 2 akan diadakan di dewan seminar Resort tersebut.

Pada 25 Mac 2009, kita akan berkumpul jam 8.30 pagi, untuk sama -sama bersarapan, dan seterusnya pukul 9.30 pagi kita akan memulakan Gerak Gempur No. 3 yang akan diadakan di Desa Kasih Sekendi dan Tanjung Jawa. Bilangan rumah yang dijangka akan disiasat ialah sebanyak 30 unit mungkin. Sasaran adalah untuk menyiapkan siasatan sebelum 1 tengahari, kemudiannya petang bermula jam 3 kita akan memulakan Task force Siri 3. Task force dijangka akan berkakhir pada jam 5.00 juga.

Memenatkan bukan?? tapi bagi saya sendiri ianya mungkin berbaloi sebaik sahaja dokumen dan laporan berkaitan disiapkan dan dilaporkan kepada Ketua Jabatan...

Jadi,...

Jom kita berkammmpungggg!!!!!!!

-KBPH-

No comments:

Post a Comment