Friday, 20 March 2009

SEKITAR TASKFORCE 12/3/2009

Taskforce yang diadakan di HQ baru-baru ini saya boleh katakan mencapai matlamat yang sebenar. Saya percaya dalam sedikit masa lagi saya akan mendapat laporan penuh dari KUH untuk gerak kerja seterusnya.

Taskforce ini akan sentiasa diadakan mengikut keperluan bagi menggerakkan kerja-kerja yang kita rasa perlukan pembabitan semua pegawai. Sebagai contoh terbaik, adalah penyiapan butiran kerja untuk projek-projek yang berkelompok dan melibatkan bilangan unit rumah/institusi/yang banyak di seluruh daerah.

Alhamdulillah, baru-baru ini taskforce yang kita adakan adalah bagi menyiapkan anggaran kos sekaligus menyediakan dokumen arahan kerja untuk pelantikan semasa / tender bagi kerja-kerja membaikpulih masjid di sekitar selangor. Syabas juga kerana masa yang diberikan adalah mencukupi dan saya percaya semuanya siap dilaksanakan dalam hari yang tersebut. Saya berpendapat bahawa taskforce ini berjaya.

Ketekunan jelas tergambar dari riak wajah anda semua nampaknye.. meh kita saksikan.





Sekian

-KBPH-

No comments:

Post a Comment