Monday, 2 March 2009

LAWATAN DI WILAYAH TIMUR

So..this is my first time driving alone to area Serendah. So pada 26/2/2009 yang lepas, Kami di Bahagian Pengurusan Hartanah HQ telah turun padang ke Wilayah Timur, so ada dua buah rumah bantuan yang dah kami jenguk untuk selesaikan masalah kontraktor lari tanpa menuntut bayaran plus lagik dia tinggalkan indon tukang die tuh digantung tak bertali. Jadi Alhamdulillah masalah selesai. Kami rasa itu masalahnya kalau menganugerahkan kerja kepada yang tak bertanggungjawab tetapi mementingkan keuntungan semata-mata. Di pikiran saya ketika ini berlegar2 wajah2 kontrakotr yang saya anggap boleh diharap dan membuat kerja dengan cemeerlang sekali tanpa berkurang kira. Alhamdulillah cahaya keimaan terserlah di wajah mereka. Moga kehidupan mereka sentiasa diberkati Allah.


So, ini adalah first time saya turun ke wilayah timur as i mentioned before.. lawatan pengesahan kerja ke wilayah barat telah saya pergi sehari pertama bekerja, wilayah selatan pulak seawal bulan pertama dan disusuli dengan wilayah utara. Terkini di wilayah Timur, lawatan telah dibuat bersama pegawai hartanah wilayah..

Mungkin memberikan satu flat emotion juga kepada pegawai hartanah yang bertugas di wilayah kerana kerja-kerja pantauan adalah melibatkan kerja-kerja berskala kecil, jadi inilah dia, sampai masanya untuk secara berdikit-dikit mereka mengambil tanggungjawab yang lebih besar. Test di buat di Wilayah Timur bagi saya sebagai ketua mereka adalah perlu untuk 'grooming' diri mereka sendiri bahkan lagi pegawai hartanah di bahagian ini semuanya berkelulusan Sarjana.

Jadi, ini lawatan projek skala besar yang telah dibuat pada hari tersebut, pengenalan projek-projek untuk pemantauan atau pemerhatian Pegawai Hartanah yang terlibat walaupun projek ini mempunyai coordinator yang telah kita lantik.

1. Membina 6 buah kelas di SRA Felda Sg Buaya, worth RM 500,000.00
bakal disiapkan pada 10 Mac 2009. Awas Kontraktor, telah ditegur oleh Pegawai Hartanah Wilayah (A.J) YOUR HOUSE KEEPING IS VERY POOR!! Silap-silap ada ulau besar berlingkar kat bawah kayu2 formwork tuh pun koang tatau!!!!!




2.Projek Membina sebuah Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa...Worth 5.8 juta.Pegawai Hartanah membuat penilaian di tapak dan semasa lawatan kerja-kerja penanaman cerucuk di jalankan. Mesyuarat Tapak yg pertama telah dipengerusikan sepenuhnya oleh Pegawai Hartanah Wilayah Timur... Syabass!!! Kerana menyahut cabaran!!!!!



Lawatan seterusnya ialah ke bakal tapak surau pembesaran di Taman Cempakasari dan sesi lawatan memang memakan masa yang agak lama. Kering jugak tekak membuat lawatan kerja. Memang syabaslah kepada pegawai hartanah di semua wilayah kerana anda bertahan melayan kerenah kontraktor, pemohon dan sebagainya.

P.S :- Hari ini, 2 Mac 2009, satu kejadian buruk telah menimpa Pegawai Hartanah Wilayah Selatan, terlibat dalam ekmalangan hingga kereta yang baru dibeli masuk ke dalam longkang. Pegawai cedera di tangan, harap-harap tiada apa yang buruk lagi berlaku. Sama-sama didoakan. Amin

Wallahu'Alam

1 comment:

  1. Semua ingin bergelar / menjadi seorang kontraktor. dibayang2 keuntungan berlipat ganda...yelah as a middle man(bukanlah semua dan lebih merujuk kepada kontraktor kelas bwh). tapi perlu diingat kontraktor mampu untuk rugi dgn mudah dan sekelip mata sahaja!!!...Alasan:1)kalau tidak mempunyai ILMU pengurusan pembinaan 2)kalau tidak mempunyai sumber keWANGan yang kukuh 3)kalau tidak mempunyai KEMAHIRAN tertentu..
    Next:Kontraktor yang mempunyai TRACK RECORD yg baik perlu diberi peluang sekali lagi dan WAJIB dilaksanakan penilaian berterusan....

    Next:Kontraktor yang berkualiti adalah kontraktor yang dapat melaksanakan yang diberikan dgn penuh tanggungjawab..Kualiti dari segi kerja dan tanggungjwb kepada tukang mu...jgn biarkan mereka membanting tulang tetapi kamu hanya tahu mengaut $$$

    Next:Pesanan bersama...dalam projek ada 3 perkara asas yg perlu dituruti :- i) Kos ii) kualiti iii)masa...Moga kita dapat manfaat bersama....wasalam....

    ReplyDelete