Thursday, 12 March 2009

PROJEK : BANTUAN UNTUK 5 BUAH SEKOLAH

Seperti yang telah sedia maklum, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sekarang ini sedang dalam pemantauan ke atas kontraktor-kontraktor yang membina tambahan kelas untuk sekolah-sekolah yang memerlukan. Setakat ini, lima buah sekolah yang dibantu iaitu SRA Kanchong Darat, Felda Sg Buaya, Giching, Kuang dan Bukit Hijau. Oleh yang demikian, seharusnya pegawai-pegawai di wilayah perlu alert terhadap kewujudan projek tersebut sekadar untuk membuat tinjauan.

Projek ini adalah dipantau secara menyeluruh oleh Penyelaras Projek yang dilantik iaitu MAIS Construction & Properties Sdn. Bhd, dibawah syarikat ini mempunyai barisan tenaga profesional iaitu, jurutera sivil & struktur, jurukur bahan dan juga arkitek. BPH-LZS bertindak sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini dimana, sebarang kelulusan bahan dan perubahan kerja adalah tertakluk kepada kelulusan BPH LZS dengan nasihat Penyelaras Projek.

Berdasarkan Mesyuarat Tapak No. 1 yang diadakan di SRA Kanchong Darat, jelas ternyata kontraktor yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja di sana adalah berpengalaman dan mempunyai kualiti kerja yang tinggi. Saya percaya dengan pengurusan dan pemantauan secara berkala, tegas dan sistematik dapat mendidik kontraktor untuk meningkatkan mutu kerja.



Dan seterusnya, seperti laporan terdahulu dimana lawatan mengejut telah dijalankan di SRA Felda Sg Buaya bersama Pegawai Hartanah wilayah tersebut, kontraktor masih lagi giat menjalankan kerja-kerja walaupun telah disedari akan sedikit kelewatan dari program kerja. Yelah 9 Mac 2009 adalah tarikh siap projek tetapi pada 25 Februari 2009, pemasangan kekuda bumbung masih belum dilaksanakan lagi.




Walaubagaimanapun, dalam mesyuarat Tapak No. 3 yang diadakan pada 11 Mac 2009, turut dihadiri oleh KJPTM, kelima-lima kontraktor mewakili kelima-lima tapak projek telah diberi peluang sehigga ke 24 Mac untuk menyiapkan kerja-kerja fizikal. Maka pada 24 Mac nanti, akan diadakan lawatan kelima-lima tapak projek bagi pemeriksaan bangunan untuk mengesahkan kerja siap sepenuhnya.

Sememangnya hajat dihati supaya pegawai hartanah dapat turut serta di wilayah masing-masing untuk join sekali tour ni. Tapi diingatkan juga pada tarikh tersebut kita akan Bergerak Gempur Siri 2 di Sabak Bernam selama 2 hari 1 malam!!!

-KBPH-

No comments:

Post a Comment