Monday 20 April 2009

TEMUDUGA TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum.. Alhamdulillah pada hari ini 10 orang calon telah ditemuduga oleh saya sendiri, pihak HR dan juga Jurutera MAIS iaitu Encik Shah. Saya telah mendapat gambaran beberapa face yang bakal menyertai bph team di daerah-daerah. Bersiap sedia untuk menerima orang baru. Untuk itu, penyusunan gerak kerja semula akan saya bentangkan tak lama lagi. Tetapi secara kasarnya idea adalah seperti berikut :-

1.Daerah Petaling, Klang -Zon 1
2.Daerah Kuala Selangor -Zon 2
3.Daerah Sabak Bernam -Zon 3
4.Daerah Hulu Selangor, Gombak, Ampang dan Cheras-Zon 4
5.Daerah Sepang, Kuala Langat, Kajang dan Bangi -Zon 5

Siapakah yang akan ditempatkan di zon-zon ini??? He he he he.. yang pasti anda takkan dapat duduk di zon yang sama seperti sekarang. Gerakan besar-besaran akan berlaku.

1 comment:

  1. {"He he he he.. yang pasti anda takkan dapat duduk di zon yang sama seperti sekarang. Gerakan besar-besaran akan berlaku.}===gelak jahat

    Amil Jahat said : ~Sa mi' na wa a tok na~ means +kami dengar dan kami taat+

    :) bleh buat rayuan..?anak2 masih kecil...

    ReplyDelete