Sunday, 19 April 2009

KEKOSONGAN AKAN DIISI

Alhamdulillah...

Doa-doa kita di Bahagian Pengurusan Hartanah sebelum ini dimakbulkan Tuhan. Kerana penyelesaian dokumen yang teramat banyak dan tak kurang jugak saya dapati antara pegawai mungkin tidak serius dalam melaksanakan tugas, maka kita telah mengalami pelbagai masalah, menghadapi aduan dari segenap lapisan. Tak kira berpangkat ataupun tak kan???

Maka, Pegawai Teknikal di Wilayah yang selepas ini kita akan buat konsep zoning akan ditambah sebanyak 2 orang.. yer...sebanyak dua orang, penapisan peringkat pertama telah dilaksanakan oleh Ketua Unit Hartanah, dan juga temuduga akan dibuat pada Selasa ini 21/4/2009.

Justeru itu, cuba fikirkan situasi anda wahai pegawai-pegawai semua yang mana anda sendiri perlu belaku adil dalam menjalankan tugas di setiap daerah yang anda pegang.

Untuk pengetahuan, masalah bebanan kerja yang ada di Bahagian Pengurusan Hartanah bukan sahaja diperingkat pengesahan dan pemantauan projek-projek semasa yang sedang anda kuasai, akan tetapi bagaimana lagi dengan tugas-tugas baru Bahagian Penguruan Hartanah yang melibatkan urusan pembayaran sewa bagi kesemua premis yang disewa oleh LZS, urusan pengeluaran invois sewa kepada penyewa-penyewa LZS, urusan pembayaran cukai taksiran dan cukai tanah kepada pihak berkuasa tempatan, mana lagi nak buat carian lot-lot yang berpotensi dan tanah-tanah yang boleh dimiliki untuk pembangunan akan datang, tak kurang juga dengan pengubahsuaian dan pembaikan kerosakan di pejabat-pejabat cawangan daerah.. ye..tugas-itu bukan milik sesiapapun, bukan milik anda, tetapi milik Bahagian Pengurusan Hartanah yang kita tahu tiada siapa yang boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk dibuat tetapi termasuk dalam SKT Bahagian, sudah tentu ianya adalah tugas saya bersama PT Bahagian. Bagaimana pula lagik dengan kerja-kerja lain yang melibatkan projek-projek yang perlu dijalankan di bawah Wang Zakat Terkumpul, projek yang bernilai RM 1 juta ke atas, lebih-lebih lagi selepas ini tiada projek yang akan dipantau oleh MAIS tetapi kesemuanya dipantau oleh Bahagian Pengurusan Hartanah SEPENUHNYA!!!

Jadi, saya memandang bahawa, kemasukan pegawai teknikal baru ini, mungkin akan meringankan beban anda, akan tetapi bagaimana beban kerja lain perlu di bahagikan secara sama rata??? Maka, penyusunan gerak kerja akan dibuat, saya menjangka ianya akan dibuat secara besar-besaran dimana, tugas anda akan bertambah tetapi zoning anda akan dikecilkan. Kita tiada pilihan kerana kita perlu menjalankan tanggungjawab. Sehubungan dengan itu, saya tahu bahawa kerja ini menyebabkan kita stress. pressured dan sebagainya, maka dengan sebab itu saya lebih suka bekerja secara linear, dan tidak serius tetapi harmoni. Akan tetapi jangan diambil kesempatan itu untuk anda tidak menjalankan tugas sebaik mungkin. Dan setialah pada janji anda untuk berkhidmat di LZS. sebab sepanjang tiga tempat saya bekerja di luar, Majlis Perbandaran, Kontraktor dan Developer juga, saya telah membuat keputusan untuk settled down di LZS. Sebuah organisasi yang menjanjikan pulangan kerja dalam bentuk gaji dan pelaburan di akhirat..

Kita akan berbengkel semula bagi penyusunan gerak kerja. dan jadikan buletin ini adalah medium kita berbicara..!!!!

Satu Pasukan Satu Wawasan memang sesuai untuk kita!!!!!

1 comment:

  1. when and what Amil Jahat said?:
    Dah agak lama, sy tak dpt joinkan diri menempel di blog ni...but at first time bc this article..i felt something weird wit dis language...Anyway..just forget dat..hehe

    okey berbalik kepada topik...bebanan yang ditanggung oleh my bos n my big boss n my big big bos...for me takde penafian...personaly sy dapat rasa n faham n bebanan yang dipikul oleh our bos...sbg departmen yg baru nak bina identiti..we r knowlegde, kerja keras daripada our bos memang patut diberi credit...

    Saya berasa berbangga dapat membantu jika diperlukan dalam merencanakan misi n visi bph...

    So...sy mengalu alu kan sebarang pembentukan gerakkerja baru bagi menjamin kearah pemantapan bahagian...

    pada saya ....
    "WE ENJOY & WE SHARE OUR TENSION TOGETHER"

    Note: PLZ Pray for my mum..tq

    ReplyDelete