Kebelakangan ini, semakin kita bergerak memantapkan sistem pengurusan projek dan pengurusan pembinaan yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor di bawah lantikan Bahagian Perolehan, semakin pula kita menjumpai kontraktor-kontraktor yang berprestasi buruk seolah-olah membonekakan wang zakat yang dibelanjakan untuk bantuan kepada golongan asnaf.
Semakin hari, semakin banyak juga nama-nama kontraktor yang kita letakkan di dalam zon hitam, dimana pada yang kita fahami dan yakini, mereka ini sudah tidak dibenarkan lagi menerima kontrak kerja.
Menjadi masalah juga buat kita, terutamanya ketika proses panggilan tender, lebih-lebih lagi untuk mengenalpasti kontraktor manakah yang berprestasi tetapi tidak mempunyai kerja semasa yang dijalankan. Yang makin bermasalah juga beban kepada Bahagian Perolehan untuk membuat pelantikan kepada kontraktor bagi bantuan-bantuan semasa dimana purata pelantikan dalam satu bulan boleh mencecah sebanyak 100 pelantikan bagi seluruh pelusuk Selangor.
Terdapat satu kes yang sedang diselesaikan, akan tetapi pertimbangan saya amat pelik sekali, mungkin. Tapi saya yakin ini yang terbaik yang perlu kita buat. Saya sudah beberapa kali memperhalusi, saya meikirkan cuma belum lagi sehingga ke tahap menunaikan istikharah, saya bagaimanapun keputusan ini betul untuk semua pihak dan sudah membantu organisasi ini sendiri.
Kes : Kontraktor telah lama dilantik untuk membuat pembinaan, memakan tahun kerja-kerja tidak disempurnakan, boleh juga dikatakan sekiranya tuntutan tidak diberikan oleh kontraktor, maka kita tak tahulah ada projek disitu. Dan kontraktor ini pun tidak menuntut bayaran. Yang terseksa adalah asnaf. Bila aduan datang dari pelbagai pihak, maka bergegaslah kita untuk menyiasat. Bila pemantauan secara berkala, kontraktor mula menunjukkan komitmen. Dan mengakui dengan rendah hati kealpaan dan kesilapannya kerana lekakan kerja-kerja lain. Sanggup menerima kerugian, sanggup pula dikenakan penalti, membuat kerja-kerja secepat yang mungkin, hingga terkelip sahaja mata., kerja-kerja telah siap. Sehingga dengan rendah diri juga memohon agar tidak disenarai hitamkan, mohon diberikan peluang sekali sahaja lagi untuk menunjukkan kemajuan.
Yang penting pada saya disini, kontraktor sedar akan kesalahannya, mengakuinya dan menerima apa saja hukuman pemotongan bayaran yang akan dibuat ekoran daripada kealpaannnya.
Tetapi kata-kata hati yang negatif seperti " kontraktor memang selalu berkata manis," "time nak kerja memang lah cakap camtu..tapi time buat nanti sama gakz" saya rasa saya tak mahu memikirkannya terlebih dulu, kerana berprasangka atas sesuatu yang tidak pasti itu adalah salah satu mengganggu kecampuran perkara yang menimbulkan dosa di sebalik kerja kita sebagai pekerja Allah.
Wajarkah mereka ini diputihkan kembali ?????
Dibuka topik ini untuk hujah semua pegawai.. apa kata anda???
-KBPH-

Pencambahan minda adalah jalan terbaik untuk memartabatkan bahagian hartanah dan seterusnya mencari kesepakatan solusi bersama.....
ReplyDeleteMengenai topic yang diketengahkan ini,saya amat yakin pegawai2 ingin turut sama berkongsi pandangan.Namun keterbatasan masa untuk mengupas setiap elemen dan hujah2 dalam term "senaraihitam" ini...akhirnye sebarang komen tidak mampu tertaip.....
Amatla dengan penuh rasa tanggungjawab dengan menimbang baik buruk kepada kaedah pemutihan/keputihan ini...dapat la saya tegaskan disini bahwa 'KESAN NEGATIF AKAN MENGATASI KESAN POSITIF AKIBAT DARIPADA IMPLEMENTASI PEMUTIHAN KEPADA KONTRAKTOR BERMASALAH INI'-SAYA SECARA PERIBADI TIDAK BERSETUJU.HUJAH-HUJAH AKAN MENYUSUL KEMUDIAN UNTUK MENJADI TOPIK UTAMA SAYA...TQ...