Saturday, 16 January 2010

UPDATE : BERKENAAN MANUAL TATACARA KERJA

Assalamualaikum... nampak nya saya telah memungkiri janji. Manual Tatacara yang dijanjikan tidak dapat disiapkan oleh sebab faktor bebanan kerja yang mengkusutkan pemikiran. Sebetulnya saya dah surrender dalam menyelesaikan Manual tersebut berseorangan. Jadinye, saya telah memohon bantuan pegawai Mohd Hafizul Rahmat untuk membantu saya. Cuma nya sekarang ini bile deadline belum ditentukan, program masa untuk menyiapkan manual ini tentu tak berkesudahan.

Sedikit sebanyak ura-ura berkenaan apa yang mereka kata pasal pengorganisasian semula LZS menjadi alasan yang kurang kukuh untuk saya menangguhkan dulu publishing manual ini. Walau bagaimanapun, tarikh baru yang kami kejar ialah se awal bulan Februari nanti.

Penyusunan Gerak Kerja untuk 2009.


Mohon ambil perhatian berkenaan perkara ini bagi semua kakitangan di BPH LZS. Bermula tahun ini konsep spread the burden equally akan saya gunakan. Bukan kerana apa, saya telah diberi tugasan yang maha berat dan maha hebat dimana Projek Pejabat Korporat Lembaga Zakat Selangor menjadi my first priority dalam senarai assignment yang ditugaskan.

Maka projek-projek lain, iaitu projek-projek semasa, pengubahsuaian pejabat korporat, pengubahsuaian premis dan projek-projek agihan kesemuanya di bawah tanggungjawab Ketua Unit Hartanah untuk diambil tindakan. Oleh yang demikian, berurusan dengan Ketua anda adalah cara yang paling cepat daripada bypass dia dan berjumpa saya, kerana satu hal plak saya nak kena brief KUH untuk da follow up kerja semasa pegawai..

Kakitangan di Daerah, ambil perhatian perkara di dalam HELPDESK

HELPDESK bagi saya ialah salah satu medium memberikan Job Order kepada pegawai-pegawai. Disebabkan itu, perkara di dalam HELPDESK perlu di ambil tindakan oleh pegawai-pegawai. Ketika ada pegawai mempertikaikan kewujudan HELPDESK itu, saya menjadi sangat tercabar, seolah-olah saya tidak boleh memberikan Job Order kepada pegawai sekalian, mahupun Job Order daripada Jabatan yang lain.

Untuk itu, tahun 2010

Semoga Gerak Kerja kita lebih mantap

Fungsi Bahagian makin terserlah

Dan mohon pegawai jangan bersikap pentingkan diri sendiri, Tolong ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling anda. Kerana kita ditugaskan duduk di Organisasi sosaial yang mempnyai sentimen yang tinggi. Kepekaan terhadap satu perkara perlu di ambil kira. Konsep jaga tepi kain orang perlu diterapkan kerana di bahagian ini, konsep tersebut adalah sesuatu yang positif.

Setuju tak dengan saya?

Kalu tak setuju boleh blah...!!




No comments:

Post a Comment