Friday, 6 March 2009

GERAK GEMPUR NO. 1

Tarikh : 11 Mac 2009
Berkumpul di : Kaunter Kuala Langat
Jam : 9.30 pagi

Task Gerak Gempur No. 1 ini diberikan kepada Pegawai-pegawai yang terlibat, sasaran adalah hampir 30 buah rumah perlu disiasat bentuk pembaikan yang perlu dilaksanakan. Arahan kerja perlu dikeluarkan seberapa segera dimana jika harga pembaikan bagi satu-satu rumah adalah kurang dari RM30K, Lantikan semasa akan dibuat. Kita perlu cepat!! Sementara Unit Perolehan masih mempunyai ketua untk organise tugas. Tambahan lagi ini adalah projek kritikal, lebih-lebih lagi aduan telahpun beberapa kali berlaku. Jangan ada sesiapa yang lewat walaupun satu minit!!!!Jadi, keluar lebih awal jika sekiranya dijangka akan jammed di jalan

Lokasi ialah Desa Ehsan Permatang Pasir.

Cabaran buat anda, siapkan siasatan untuk kesemua bilangan rumah disitu pada hari tersebut. Maka semangat berpasukan amatlah diperlukan!!!

Ini baru Gerak Gempur No. 1


Gerak Gempur No. 2 melibatkan 68 unit rumah

Gerak Gempur No. 3 lebih kurang 26 unit rumah

akan diaturkan kemudiannya.
Ingat juga 12/3/2009 Pagi akan ada Mesyuarat Bahagian, Petang, selepas Zohor kita akan mulakan TaskForce yang akan diketuai oleh KUH, all day event, food are provided..!!! Dunt Worry!!!

Tentatively, 13/3/2009 Block dulu tarikh ini untuk Mesyuarat SKT, most slightly akan jadi, tetapi kalau cancel akan di informkan kemudian.

Wallahu 'Alam


-KBPH-

Monday, 2 March 2009

LAWATAN DI WILAYAH TIMUR

So..this is my first time driving alone to area Serendah. So pada 26/2/2009 yang lepas, Kami di Bahagian Pengurusan Hartanah HQ telah turun padang ke Wilayah Timur, so ada dua buah rumah bantuan yang dah kami jenguk untuk selesaikan masalah kontraktor lari tanpa menuntut bayaran plus lagik dia tinggalkan indon tukang die tuh digantung tak bertali. Jadi Alhamdulillah masalah selesai. Kami rasa itu masalahnya kalau menganugerahkan kerja kepada yang tak bertanggungjawab tetapi mementingkan keuntungan semata-mata. Di pikiran saya ketika ini berlegar2 wajah2 kontrakotr yang saya anggap boleh diharap dan membuat kerja dengan cemeerlang sekali tanpa berkurang kira. Alhamdulillah cahaya keimaan terserlah di wajah mereka. Moga kehidupan mereka sentiasa diberkati Allah.


So, ini adalah first time saya turun ke wilayah timur as i mentioned before.. lawatan pengesahan kerja ke wilayah barat telah saya pergi sehari pertama bekerja, wilayah selatan pulak seawal bulan pertama dan disusuli dengan wilayah utara. Terkini di wilayah Timur, lawatan telah dibuat bersama pegawai hartanah wilayah..

Mungkin memberikan satu flat emotion juga kepada pegawai hartanah yang bertugas di wilayah kerana kerja-kerja pantauan adalah melibatkan kerja-kerja berskala kecil, jadi inilah dia, sampai masanya untuk secara berdikit-dikit mereka mengambil tanggungjawab yang lebih besar. Test di buat di Wilayah Timur bagi saya sebagai ketua mereka adalah perlu untuk 'grooming' diri mereka sendiri bahkan lagi pegawai hartanah di bahagian ini semuanya berkelulusan Sarjana.

Jadi, ini lawatan projek skala besar yang telah dibuat pada hari tersebut, pengenalan projek-projek untuk pemantauan atau pemerhatian Pegawai Hartanah yang terlibat walaupun projek ini mempunyai coordinator yang telah kita lantik.

1. Membina 6 buah kelas di SRA Felda Sg Buaya, worth RM 500,000.00
bakal disiapkan pada 10 Mac 2009. Awas Kontraktor, telah ditegur oleh Pegawai Hartanah Wilayah (A.J) YOUR HOUSE KEEPING IS VERY POOR!! Silap-silap ada ulau besar berlingkar kat bawah kayu2 formwork tuh pun koang tatau!!!!!




2.Projek Membina sebuah Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa...Worth 5.8 juta.Pegawai Hartanah membuat penilaian di tapak dan semasa lawatan kerja-kerja penanaman cerucuk di jalankan. Mesyuarat Tapak yg pertama telah dipengerusikan sepenuhnya oleh Pegawai Hartanah Wilayah Timur... Syabass!!! Kerana menyahut cabaran!!!!!



Lawatan seterusnya ialah ke bakal tapak surau pembesaran di Taman Cempakasari dan sesi lawatan memang memakan masa yang agak lama. Kering jugak tekak membuat lawatan kerja. Memang syabaslah kepada pegawai hartanah di semua wilayah kerana anda bertahan melayan kerenah kontraktor, pemohon dan sebagainya.

P.S :- Hari ini, 2 Mac 2009, satu kejadian buruk telah menimpa Pegawai Hartanah Wilayah Selatan, terlibat dalam ekmalangan hingga kereta yang baru dibeli masuk ke dalam longkang. Pegawai cedera di tangan, harap-harap tiada apa yang buruk lagi berlaku. Sama-sama didoakan. Amin

Wallahu'Alam