Saturday, 16 January 2010

UPDATE : BERKENAAN MANUAL TATACARA KERJA

Assalamualaikum... nampak nya saya telah memungkiri janji. Manual Tatacara yang dijanjikan tidak dapat disiapkan oleh sebab faktor bebanan kerja yang mengkusutkan pemikiran. Sebetulnya saya dah surrender dalam menyelesaikan Manual tersebut berseorangan. Jadinye, saya telah memohon bantuan pegawai Mohd Hafizul Rahmat untuk membantu saya. Cuma nya sekarang ini bile deadline belum ditentukan, program masa untuk menyiapkan manual ini tentu tak berkesudahan.

Sedikit sebanyak ura-ura berkenaan apa yang mereka kata pasal pengorganisasian semula LZS menjadi alasan yang kurang kukuh untuk saya menangguhkan dulu publishing manual ini. Walau bagaimanapun, tarikh baru yang kami kejar ialah se awal bulan Februari nanti.

Penyusunan Gerak Kerja untuk 2009.


Mohon ambil perhatian berkenaan perkara ini bagi semua kakitangan di BPH LZS. Bermula tahun ini konsep spread the burden equally akan saya gunakan. Bukan kerana apa, saya telah diberi tugasan yang maha berat dan maha hebat dimana Projek Pejabat Korporat Lembaga Zakat Selangor menjadi my first priority dalam senarai assignment yang ditugaskan.

Maka projek-projek lain, iaitu projek-projek semasa, pengubahsuaian pejabat korporat, pengubahsuaian premis dan projek-projek agihan kesemuanya di bawah tanggungjawab Ketua Unit Hartanah untuk diambil tindakan. Oleh yang demikian, berurusan dengan Ketua anda adalah cara yang paling cepat daripada bypass dia dan berjumpa saya, kerana satu hal plak saya nak kena brief KUH untuk da follow up kerja semasa pegawai..

Kakitangan di Daerah, ambil perhatian perkara di dalam HELPDESK

HELPDESK bagi saya ialah salah satu medium memberikan Job Order kepada pegawai-pegawai. Disebabkan itu, perkara di dalam HELPDESK perlu di ambil tindakan oleh pegawai-pegawai. Ketika ada pegawai mempertikaikan kewujudan HELPDESK itu, saya menjadi sangat tercabar, seolah-olah saya tidak boleh memberikan Job Order kepada pegawai sekalian, mahupun Job Order daripada Jabatan yang lain.

Untuk itu, tahun 2010

Semoga Gerak Kerja kita lebih mantap

Fungsi Bahagian makin terserlah

Dan mohon pegawai jangan bersikap pentingkan diri sendiri, Tolong ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling anda. Kerana kita ditugaskan duduk di Organisasi sosaial yang mempnyai sentimen yang tinggi. Kepekaan terhadap satu perkara perlu di ambil kira. Konsep jaga tepi kain orang perlu diterapkan kerana di bahagian ini, konsep tersebut adalah sesuatu yang positif.

Setuju tak dengan saya?

Kalu tak setuju boleh blah...!!




Thursday, 17 December 2009

BENGKEL GERAK KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH

Bengkel Gerak Kerja Bahagian Pengurusan Hartanah telah diadakan pada 5-7 November 2009, Venue di Impian Morib, Banting. Bengkel Gerak Kerja tersebut telah dihadiri oleh Sepasukan Pegawai Teknikal Daerah di 5 Zon dan disertai oleh Ketua Bahagian Pengurusan Hartanah, Azura Ismail dan Ketua Unit Hartanah, Pn Noor'Ain bt Mohd Annoer. Kakitangan Sokongan yang turut hadir ialah Pn Siti Faiza bt Supandi selaku PT Bahagian dan juga PT Unit Sementara iaitu Cik Noorfadila Shoaib.


Alhamdulillah, kelima-lima Modul yang telah drangka telah dibincangkan sepenuhnya di dalam Bengkel Gerak Kerja Tersebut yang telah dijalankan sebanyak 5 Sessi.Antara Modul yang dibentangkan dan dibincangkan ialah Peranan-peranan dan Fungsi Bahagian, Sasaran Kerja Tahunan 2010 dan carta alir gerak kerja bagi memantapkan lagi fungsi bahagian.

KBPH terkini sedang dalam penyediaan deraf akhir untuk Penyediaan Dokumentasi perkara-perkara yang dibincangkan tersebut untuk dijadikan Garis Panduan Pegawai pegawai dan kakitangan Bahagian. Dianggarkan bahawa garis panduan tersebut akan dipublish untuk tujuan pengenalan selewat-selewatnya pada minggu terakhir Disember 2009.

-Sama-sama memajukan Fungsi Bahagian-

Thursday, 10 December 2009

PROJEK : Sek. Ren Agama Bukit Sentosa

Tapak Asal

Kerja-kerja tanah siap dijalankan

Kemajuan bulan
Februari 2009

Mac - KJPTM Melawat tapak





Mac - Penanaman Cerucuk Siap.

April - Kerja-kerja superstructure dijalankan

Kemajuan bulan Mei


Kemajuan Bulan June


KEMAJUAN BULAN JULAI
Blok Sekolah as progress bulan Julai


Blok Surau - Julai

Blok Kantin - Julai

SEPTEMBER

Progress Oktober blok surau dan blok sekolah

Blok Kantin