Monday, 23 March 2009

GERAK GEMPUR NO. 2 DAN NO. 3

Assalamualaikum... yang dinantikan sudah tiba.. tak tauler apa yang menarik minat Pegawai Hartanah, tak sabar menunggu Gerak Gempur kali ni. Mungkin disebabkan jadual yang amat padat sekali untuk siasatan berkelompok yang akan dijalankan..

Jadi, diingatkan 24 Mac 2009, 9.30 pagi, kesemua yang terlibat perlu punctually reach di Kaunter Kuala Selangor untuk memulakan Gerak Gempur No. 2/2009. Mohon jangan terlewat kerana, ianya bakal menganjakkan lagi program kita seterusnya. Pada hari tersebut seharian kita akan membuat siasatan dan jangkaan rumah yang akan disiasat ialah 68 unit rumah. Rehat, makan tengahari seperti biasa pada jam 1 tengahari dan siasatan dijangka berakhir jam 5.00 petang.

Untuk malam, akan diadakan Taskforce Siri 2/2009 bagi penyiapan dokumen dan laporan untuk Gerak Gempur yang dijalankan siang harinya. Insya Allah kemungkinan besar KJ akan turun padang untuk menyertai Taskforce kita untuk malam tersebut. Taskforce dijangka akan berjalan selama 2 1/2 jam (memori di asrama dulu mungkin berulang, tiap2 malam ada prep!!) dari jam 8.30 - 11.00 malam. Jangan bimbang minum malam akan disediakan.

Oh ya!! Alhamdulillah kita akan menginap di D'Muara Resort selama satu malam tersebut. Taskforce Siri 2 akan diadakan di dewan seminar Resort tersebut.

Pada 25 Mac 2009, kita akan berkumpul jam 8.30 pagi, untuk sama -sama bersarapan, dan seterusnya pukul 9.30 pagi kita akan memulakan Gerak Gempur No. 3 yang akan diadakan di Desa Kasih Sekendi dan Tanjung Jawa. Bilangan rumah yang dijangka akan disiasat ialah sebanyak 30 unit mungkin. Sasaran adalah untuk menyiapkan siasatan sebelum 1 tengahari, kemudiannya petang bermula jam 3 kita akan memulakan Task force Siri 3. Task force dijangka akan berkakhir pada jam 5.00 juga.

Memenatkan bukan?? tapi bagi saya sendiri ianya mungkin berbaloi sebaik sahaja dokumen dan laporan berkaitan disiapkan dan dilaporkan kepada Ketua Jabatan...

Jadi,...

Jom kita berkammmpungggg!!!!!!!

-KBPH-

Friday, 20 March 2009

SEKITAR TASKFORCE 12/3/2009

Taskforce yang diadakan di HQ baru-baru ini saya boleh katakan mencapai matlamat yang sebenar. Saya percaya dalam sedikit masa lagi saya akan mendapat laporan penuh dari KUH untuk gerak kerja seterusnya.

Taskforce ini akan sentiasa diadakan mengikut keperluan bagi menggerakkan kerja-kerja yang kita rasa perlukan pembabitan semua pegawai. Sebagai contoh terbaik, adalah penyiapan butiran kerja untuk projek-projek yang berkelompok dan melibatkan bilangan unit rumah/institusi/yang banyak di seluruh daerah.

Alhamdulillah, baru-baru ini taskforce yang kita adakan adalah bagi menyiapkan anggaran kos sekaligus menyediakan dokumen arahan kerja untuk pelantikan semasa / tender bagi kerja-kerja membaikpulih masjid di sekitar selangor. Syabas juga kerana masa yang diberikan adalah mencukupi dan saya percaya semuanya siap dilaksanakan dalam hari yang tersebut. Saya berpendapat bahawa taskforce ini berjaya.

Ketekunan jelas tergambar dari riak wajah anda semua nampaknye.. meh kita saksikan.





Sekian

-KBPH-

SRA KAFA - updating

Alhamdulillah.. minggu yang lalu memang minggu yang memenatkan untuk kita kan??? bermula 11 Mac 2009, Gerak Gempur di Permatang Pasir. seharian disana, dan saya sendiri menghabiskan setengah hari di SRA Felda Sg Buaya, ada mesyuarat tapak, dan mesyuarat kali nin di Sg Buaya, mesyuarat turut dihadiri oleh KJ kita, dan semuanya berjalan lancar. Sebenarnya mmg kita ada 5 buah sekolah yang sedang dibina bangunan tambahan sebanyak 6 kelas di daerah yang berbeza, di kanchong darat, sra felda sg buaya, sra giching-sepang, sra bukit hijau dan juga kuang gombak.

sra sg buaya - picture taken on 11th Mac 2009

Tarikh penyiapan telah pun sampai cuma menunggu inspection pengeluaran CPC daripada konsultan adalah dijangka pada tarikh 24 Mac ini. So 24 hbnin saya sendiri akan mengikuti tour pasukan konsultan untuk program penyerahan bangunan beserta pemeriksaan kerja-kerja untuk mendapatkan CPC.

Sekian, Wallahu 'Alam

-KBPH-