Saturday 2 May 2009

JURUUKUR BANGUNAN - BUILDING SURVEYOR

Satu nama yang bukan lagi baru, Jurukur Bangunan - memang nampak tak teknikal langsung pada namanya, akan tetapi jika sesbuah negara sudah mula meng 'establish' jurukur bangunan sebagai satu badan profesional, ini bermakna negara tersebut bukan lagi negara yang sedang membangun, akan tetapi telah maju sepenuhnya. Ye...sebelum maju kena membangun dulu, kalau tak takderlah kemajuan akibat tiada pembangunan.

Untuk yang tidak begitu mengetahui Jurukur Bangunan, peranan jurukur bangunan bermula dari peringkat pembinaan - tanah kosong, sehingga lah bangunan telah siap dibina dan memerlukan penyelenggaraan. Bermakna bidang pelajaran di dalam subjek Jurukur bangunan tersangatlah besar berbanding jurusan teknikal yang lain.

Berdasarkan pengalaman dan tinjauan, seorang graduan Jurukur bangunan boleh memasuki bidang Jurukur Bahan - kerana kuantifikasi bangunan dan subjek kontrak, kos dan prosedur adalah subjek yangb boleh dikatakan utama juga di dalam sukatan pelajaran. Boleh juga memasuki bidang perancangan - subjek pengajian perancangan bandar dan wilayah turut terdapat dalam sukatan. Begitu juga dengan pengurusan projek pembinaan, subjek kuantifikasi binaan dan pengurusan projek turut menjadi subjek teras bagi jurusan ukur bangunan.

Berbalik kepada pengetahuan teknikal pula, jurusan ini juga memberikan pendedahan kepada rekabentuk struktur dan juga teknologi binaan.

Dan yang menjadi subjek utama, ialah subjek perkhidmatan bangunan yang lebih kepad penyelenggaraan. Oleh yang demikian sebagai graduan jurukur bangunan, saya bersyukur walaupun pada mulanya saya mengambil keputusan untuk ke bidang jurukur bangunan yang mana saya tidak tahu langsung apa kelebihan dan kelemahan, malah bukan menjadi satu jurusan fovourite di dalam fakulti alambina, itu adalah keputusan yang betul.

Nak tahu lagi pasal jurukur bangunan? tanyalah pada saya hehhehe.... dan apa bidang bagi adik-adik dan ahli keluarga anda yang lain yang sedang terkapai-kapai lagik mencari arah untuk melanjutkan pelajaran, pilihlah ini sebagai salah satu pilihannya!!!

Siap promote pulak

-KBPH-

8 comments:

  1. salam...
    time kasih utk post ni...
    sy bru shje m'dpt pggilan temuduga utk dploma ukur bngunan di UiTM...
    malangnye sy masih x taw ape2...
    ssdikit sbnyk post ni tlh m'yakinkan sy utk sesi teuduga nnti..
    terima kasih.....

    ReplyDelete
  2. mcm mane ha kerja2 ukur bangunan

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.... boleh terangkan lebih lanjut tak ape yang dipelajari dalam jurusan ukur bangunan. saya berminat nak explore dan bercadang nak ambik jurusan ini. saya nak taw sukatan2 pelajarn yang encik sudah pelajari. tq.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    bnayk yg sye dpt info dlm post ini...
    Trima kasih.. :)

    ttp sye ade lg 1 soalan:
    boleh ke seorang graduan Jurukur bangunan memasuki bidang Seni bina bangunan?

    ReplyDelete
  5. salam..nak tnya, kalau x de basic dlm kos ini, thn dapat plk further dlm kos ini, agak2 blh ke bw subjk2 nya?

    ReplyDelete
  6. afiza,
    Insya Allah.. subject ukur bangunan tak sesusah Civil engineering, walaupon ada belajar rekabentuk struktur, ukur bangunan akan memberikan satu course yang applicable di mana-mana stage pembinaan apabila anda bekerja nanti... Yang penting fokus pada subjek dan juga cuba meminati profesion ini..

    ReplyDelete
  7. saya baru tamat asasi di um, dan saya masih confuse, nak civil or building surveyor. mana satu yg bagus ?

    ReplyDelete
  8. Salam ..
    Alhamdulillah , macam bersemangat sikit lepas baca post ni. Sya dipanggil utk temuduga hari ahad ni di UITM utk dip.ukur bangunan ni. Dgn mklumat ni sikit sbyk diharap dpt membntu sy smsa sesi temuduga nanti ...

    ReplyDelete