Tuesday, 14 July 2009

Insyaallah...

Sejuk hati membaca coretan dari KB kita... terlalu prihatin dengan masalah anak-anak buahnya...

Kita sebagai anak buahnya perlu bersyukur kerana mendapat KB yang sgt prihatin... apa lg yang kita cari... melainkan menaikkan semula nama hartanah yang tercemar dek kerana sikap org-org yang bukan teknikal dan x memahami tugas-tugas peg teknikal....

Apa-apa pun... insyaallah kami akan berhati-hati menempuh perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam (walaupun sbrnya leh wat sejam)... heheheheh... akan ditempuhi dengan sabar...
Doakan semoga perjalanan kami diberkati ALLAH S.W.T... dan sentiasa dilindungi dalam menjalankan Ibadah ini....

Jangan lupa kami disana nnt... kami menanti si comey VIVA berwarna putih menjelma di HAY RESORT...

SELAMAT BERGERAK GEMPUR

Assalamualaikum...Hartanah...

Selamat bergerak gempur...

Gerak Gempur siri Ke3 akan bermula esok 15-17hb Julai 2009, Hartanah sekalian, bekerjalah dengan dedikasi dan komited, pastikan perbelanjaan yang dikeluarkan kepada anda memberikan satu pulangan yang baik kepada Bahagian...

Jangan bimbang jika mereka memandang serong ke atas gerak gempur ni, segelintir yang tidak memahami, tetapi jumlah yang lebih besar memahami tekanan dan bebanan kerja yang kita hadapi.. Mereka yang berkata itu tidak berkongsi beban pun dengan kita, jadi apa yang dirancang ini, dan gerak kerja yang disusun adalah bagi membuahkan sesuatu yang baik...

The leader for this session this time, Pn. Noor'Ain Annoer, akurlah pada arahan yang diberikan olehnya, ikutilah program dan perancangan kerja yang telah dirancang olehnya, dan pastikan tiada satu pun dokumen yang tertinggal akibat permasalahan yang tidak dapat diselesaikan. Pastikan segala dokumen siasatan perlu siap bersekali dengan arahan kerja ketika sesi Task Force yang terakhir diadakan. Kali ini, masa yang panjang diberikan, dan Isnin depan saya mahu lihat hasilnya.. right on my table...Siasatan dan Arahan Kerja, Mohon KUH serahkan kepada saya kesemuanya pada hari tersebut melalui Komunikasi Dalaman,

Secara mudahnya ..ini adalah yang perlu dicapai oleh team leader dan juga kakitangan yang terlibat bagi saya mengatakan Gerak Gempur ini berjaya.

1. Siasatan sebanyak 107 tidak berbaki - siap kesemuanya
2. Borang siasatan bagi 107 permohonan siap kesemuanya
3. Arahan kerja bagi 107 permohonan (dimana telah diputuskan bahawa arahan kerja akan dibuat sekali) sampa1 kepada saya pada Isnin 20 Julai 2009
.


Kerana apa saya nak cepat, kerana mana-mana produk yang dikeluarkan oleh Gerak Gempur, saya akan check dulu bagi laporan kepada KJ dan saya memerlukan satu hari utk menyiapkan summary untuk dideliver kepada KJ pada Wednesday 22 Julai 2009..

Lebih-lebih lagi minggu selepas itu, kita juga mungkin akan mengadakan Bengkel Gerak Kerja...

Jadi tanggungjawab kepada Team Leader adalah besar sekali, jangan sampai kepada saya dokumen yang lambat, kerana saya perlu diberi 'ample time' juga untuk menyemak semula.

Pastikan juga, spesifikasi kerja yang dinyatakan di dalam Bil Kuantiti diteliti, perbezaan diantara metal frame winmdow dengan aluminium frame, metal deck dan zinc, contohnya, dll. Harga juga perlu seragam...

Saya mungkin akan turut serta pada bengkel malam kedua bergantung kepada keadaan dan tuntutan kerja di Ibu Pejabat yang mana akan saya maklumkan kemudian...

Selamat bergerak gempur, KUH - Hati-hati memandu, begitu juga yang lain. Banyakkan minum air, kerana kadar pencemaran udara di daerah tersebut sekarang ini agak kritikal.

Saya doakan anda semua dipermudahkan urusan ketika sesi Gerak Gempur berlangsung!!!!

...Kalau sempat, updatelah blog pada malam tersebut, itupun kalau broadband aj buleh pakai ler....

Monday, 13 July 2009

KEJAYAAN..

kadang-kadang kita nie x percaya pada nombor... tapi kadang-kadang nombor dan abjad memainkan peranan dalam mencari arah tujuan hidup....
sekadar berkongsi ilmu.... renungkan...

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

kata orang "LUCK" bawa kejayaan... kita tengok...

L (12) + U (21) + C (3) + K (11) = 47% jer...


Kata orang "LOVE" sumber inspirasi untuk kita berjaya.... lets try...

L(12) + O(15) + V (22) + E (5) = 54% jea... masih biasa...

tapi cuba renungkan kalau "ATTITUDE" kita jadikan sebagai langkah pertama untuk mengecapi kejayaan....

A(1) + T(20) + T(20) + I(9) + T(20) + U(21) + D(4) + E (5) = 100%

see.... x rugi kita mengubah attitude kita.. demi mencapai kejayaan...

Renung-renungkan & Selamat beramal....

Sunday, 12 July 2009

Solusi - Membuka Mata, Telinga dan Mulut

Bahagian Pengurusan Hartanah

Gud Morning to KB, KU and my friends.....

Bangun pagi dan bersemangat lah untuk bekerja. Tetapkan niat yg betul..ikhlaskan lah hati sebaik yg mungkin.... Jangan ada sengketa yg berlarutan kerana ia akan merugikan.,..jgn ada berdusta kerana ia akan memakan diri....

Dalam kita bekerja...pasti ada konflik...konflik ini ada baik dan buruknya.....yang pentingnya how we manage the conflict.....

kita adalah satu pasukan...dimana hubungan dua hala diperlukan....kepada kawan2 marilah kita bangun bersama-sama, berusaha bersama-sama kerana itu adalah terbaik untuk kita....yang masih baru bertanyalah jika dlm kekeliruan, yang lama bantulah yg terbaik kepada yg baru.....

Bahagian kita masih baru di LZS....mahukah anda jika pada satu masa nanti kita tidak diperlukan lagi di LZS???...ini adalah sumber rezeki kita..dan disinilah kita dapat membuat saham diakhirat nanti.....

Saya ingin mengajak diri saya dan sahabat2 lain..bangun bersama-sama mencari solusi yg terbaik bagi membantu KU dan KB kita untuk menaikkan nama bahagian kita.....marilah kita membuka mata...membuka telinga dan membuka mulut memberi full of support to our boss untuk kebaikan kita bersama...balaskan lah kembali kepercayaan yang telah diberikan mereka kepada kita.......

Yang jauh kita dekatkan..yang dekat kita mesrakan..yang mesra kita serasi serasikan......."Aziz Desa"

thank YOu

JIWA KUSUT... HATI LARO...OTAK SERABUT

Salam kepada OUR BOSS... Pn Azura... n members...

Setelah 2 hari berehat & menumpukan perhatian kpd study... baru sempat melihat blog... ternyata... KB kita amat terguris dengan apa yang telah berlaku di Bahagian ini... sy juga terkena TEMPIAS nya.... kadang-kadang kita melihat org atasan punca kita dipersalahkan... tetapi didalam hal ini... kebanyakan kumpulan sokongan dibawah yang banyak memberi impak yang negatif kepada bahagian... dimana silapnya??? sukar di nyatakan....

Adakah silapnya datang dari Ketua Unit yang mana tidak sempat memantau Pegawai Teknikal dibawahnya... @ adakah pegawai teknikal telah memahamii 100% flow kerja sedangkan masih di awang-awangan....@ perlu ke pemantauan hari2 ke daerah yang mana pasti akan membosankan Pegawai Teknikal...fikir la....

Rasanya sudah sampai masa untuk saya bersuara kepada semua peg teknikal....

1) Jika ada masalah.... TOLONG RUJUK DENGAN SEGERA jika tidak yakin even yakin pun anda masih mempunyai penyelia untuk mendapatkan pandangan & memberikan makluman.. sekiranya berlaku masalah dimasa akan datang... bukan anda yang dipersalahkan... tetapi kami di HQ.. memang burden perlu di serahkan kepada ORG ATASAN... tetapi sebelum burden itu diserahkan... makesure anda melihat dimana pucuk pangkalnya....Tak Salah untuk ringan mulut bertanya.... MALU BERTANYA SESAT JALAN....masing-masing mempunyai background yang berkualiti... tunjukkan pada kerjaya... jangan dengan attitude anda yang KURENG akan membuatkan kerja anda HANCUR..

2)Pastikan dokumen yang dihantar ke HQ lengkap... & tersusun.... Dokumen yang x di stapler... akan ke tray anda semula... susah sgt ke nak stapler dokumen yang ada... sy x benarkan anda memakai paper clip untuk dokumen yang tebal2.... kalau hilang dokumen... sapa yang akan dipersalahkan????Gunakan STAPLER yang dah disediakan....

3)mileage anda bermula julai ini, mesti dikepilkan dengan aktiviti yang telah diprint out sendiri...mileage anda di query sekiranya aktiviti tidak sama dengan tuntutan mileage.... selain itu, dokumen yang x sampai sedangkan dh buat siasatan serta dah tuntut mileage akan diquery juge tuntutan tersebut....

4) OT hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.. samada melalui SMS atau isi form n fax... better isi form, fax n maklumkan by SMS...

5)Ringan2kan mulut apabila berada di daerah... jangan nnt ada yang mengatakan Pegawai Teknikal SOMBONG... Kita kerja " SATU PASUKAN SATU WAWASAN".. pegang MOTO tersebut...

6)CUTI, MC, EL.... maklumkan pada saya terlebih dahulu...

7)Naik HQ jangan lupa bg "salam" kat KB n KU.... bukan sekadar hantar dokumen n terus balik....

TOLONG PERBAIKI KERJA MASING-MASING... TUNJUKKAN BAHAWA KITA MAMPU BEKERJA DALAM KEADAAN TERTEKAN....

Friday, 10 July 2009

EMOSI MEMBUTA MATA ATAU MEMBUKA MATA??

Last few entry, saya sungguh beremosi, ini adalah kerana Bahagian ini nampaknyer di mata orang tidak mempunyai fungsi langsung, saya emosi, sebab tugas saya memaksimakan fungsi bahagian... Just wanna share...Bukan minta anda memahami saya, tapi minta anda memahami tanggungjawab dan tugas anda kepada bahagian.

Jadi, Meeting Bahagian bilangan 7 tahun 2009, adalah langkah pertama kita untuk membuat perubahan.. berikut adalah perancangan yang telah kita buat. Penghasilan manual tatacara akan dibuat bermula pada mesyuarat bahagian itu, 15 - 17 hb habiskan semua dokumen tertunggak, bekerja lah tanpa rasa sentimental, tukarkan ia kepada rasa profesional,

Seawal bulan Ogos, kita akan memulakan bengkel bagi penghasilan tatacara, Bahagian akan distruktur sekali lagi di peringkat ibu pejabat, manakala di daerah, tumpukan perhatian pada job scope anda...

Mari kita bersemangat semula menaikkan nama Bahagian....



Emosi membuta mata atau membuka mata.. ? siapa yang emosi..sudah tentulah saya.. tapi emosi saya memang membuka mata, sedangkan emosi orang lain pula membutakan mata, memekakkan telinga..dan akhirnya menjadi selenga....

FORMAT REPORT MEETING BAHAGIAN..


Please refer to the KD above, report for Batu 14, Puchong is excluded, but for the other 3 projects were maintained...

i attached herewith the format for reporting the status of project...(click on the image for the best view)

any further enquiry do not hesitate to get explaination from me.... Do check your email.

GERAK GEMPUR SIRI 3

Bersedia lah pegawai teknikal di daerah, Zon 1, Zon 2, Zon 3. Zon 4. Zon 5...

Kepada yang baru, Zikri dan Abdullah serta Affiq.. Welcome to our team.. this is going to be your first Gerak Gempur dan Task Force

Apa tujuannya...

Gerak Gempur adalah aktiviti luar, yang melibatkan kerja-kerja siasatan permohonan atau sebarang kerja yang melibatkan urusan luar secara berkelompok...

Tujuan - to clear up all the pending document due to permohonan yang terlalu banyak di satu-satu kawasan...

Untuk mewujudkan juga semangat kerjasama diantara pegawai-pegawai teknikal bagi membantu daerah yang mempunyai limpahan document yang banyak

Bagi mengurangkan aduan siasatan lambat dilaksanakan yang kita sudah faham penyebabnya adalah kerana kita berperang dengan masa

How the thing goes?
- Meter bagi memastikan sesuatu kawasan atau zon tersebut memerlukan gerak gempur adalah melalui Mesyuarat Bahagian, dimana pegawai teknikal dikehendaki untuk membentangkan bilangan status dokumen yang berada di tangan mereka, tidak kira ianya permohonan atau pun pengesahan kerja.

Jika sekiranya dilaporkan dokumen pending di dalam tangan pegawai adalah melebihi 100 dokumen, maka sesi gerak gempur ini akan diaktifkan.

Task Force
Task force adalah satu sesi indoor yang melibatkan kerja-kerja pembikinan dokumen hasil daripada gerak gempur yang telah dijalankan. Setiap kali gerak gempur diadakan maka sesi task force juga akan disertakan, Walau bagaimanapu, task force bukan hanya diaktifkan melalui gerak gempur, tetapi akan diaktifkan sebaik sahaja BPH mempunyai projek-projek kelompok yang perlu dijalankan.

Jadi Gerak Gempur Siri 3 telah dijadualkan pada 15-17 Julai 2009,

Tentatif Program akan di briefkan oleh KUH pada Mesyuarat Bahagian akan datang,


Semoga dengan gerak gempur ini akan memantapkan lagi pengoperasian Bahagian Pengurusan Hartanah...

jangan lupaaa...

HARTANAH BERMASALAH..

Hartanah kini sedang menghadapi masalah...
Kataaaanyaaa....

Apa masalah hartanah??
Mari kita kaji...

1. Mungkin cara penyampaian arahan terhadap anda kurang memuaskan?
2. Kita sendiri salah faham akan pemahaman masing-masing ketika penyampaian arahan?
3. Rujukan tidak dibuat kepada ketua anda sedangkan itu adalah perlu..
4. Berperang dengan masa untuk menyelesaikan sesuatu perkara dengan pertimbangan yang sangat teliti...
5. Anda cuba menyelesaikan masalah secara solo bagi membuktikan kemampuan.
6. Anda mula sakit hati terhadap ketua anda dan membuat kerja secara membabi buta sehinggakan hasil kerja anda layak sahaja dibuang ke dalam tong sampah?
7. Anda tetiba sahaja terhilang ingatan atau lupa akan flow kerja anda sendiri.
8. Anda rasa anda sedang disabotajkan?
9. Anda sengaja membalas dendam untuk bekerja dalam kualiti yang hanya 'rare' sahaja

10. Anda menunggu sahaja boss anda memberhentikan anda, sementara itu baik membalas dendam dengan menunjukkan hasil kerja yang tidak kreatif langsung
11. Anda merasakan merujuk kepada ketua anda adalah tindakan yang meremehkan?
12. Anda memikirkan bahawa ketua anda boleh berlebih kurang?
13. Anda telah bosan dengan kerja anda?
14. Anda memang tidak berminat untuk mencemerlangkan Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah kawalan saya sepenuhnya...

Apa-apa hal pun.. dalam kes "lupa" adalah satu alasan yang sangat saya tidak boleh terima, Kalau ditanya mengenai flow kerja pun banyak kata-kata melibatkan perkataan "rasanya" dan "saya lupa" sedangkan itu adalah kerja harian yang anda lakukan, saya fikir, anda tak minat bekerja lagi.

Lebih-lebih lagi, amat mengada-ngadalah anda sekiranya, perkara yang kecil pun tidak boleh anda selesaikan.. Ini bukan Taska, mengajar anda untuk memakai kasut, dan mengikat tali kasut... Jadi faham-faham ajerla...

Jiwa saya membara, kerana perkara ini berlaku, kesannya adalah pada saya..

Tak salahkan saya meluahkan rasa....kan..

Asyik oang lain jer menangis di beri simpati...

'Kami' menangis..diserang dan diasak bertubi2..ada kamu amik hal???

Saya tak pernah lupa...

Kalau kamu sentiasa lupa.... tak tahu laa...

Renung-renung kaaannnnnnn....